KOD PLASTIK [PLASTIC CODING]

Satu hari tu, aku ade terbaca dlm paper yg banyak botol susu diharamkan penjualannya disebabkan ada BPA. Ibu2 bapak2 yang biasa beli botol untuk baby tu, mesti perasan kan ada sticker tls 'BPA Free' yg dlekatkan dkt botol2 susu yang dijual tu,kn? Bukan hadiah percuma BPA tau. Ianya 'bebas BPA'.. hehehehe.. ;p [BPA stands for bisphenol A. BPA is an industrial chemical that has been used to make certain plastics and resins since the 1960s.]

So, I wt research regarding this plastic coding. Klu ibu2 bapak2 perasan, kt botol baby tuh @ bekas plastik lain [makanan, tupperware, botol mineral, etc], ada bentuk SEGITIGA PIRAMID yang ada nombor dlmnya. Cer balik check..



Ok.. tgk kn kod2 di atas tu kan? Tau kod pada botol-botol plastik tu apa maksudnya?? Ini...


[1] PETE atau PET

KOD 1 yang diperbuat daripada bahan PETE atau PET (yang selalu digunakan untuk bekas minuman ringan atau air mineral) selamat digunakan untuk tempoh satu kali sahaja. Ia tidak sesuai digunakan berkali-kali kerana menggalakkan pengumpulan bakteria pada permukaannya. Tetapi jangan biarkan bekas air ini di dalam kereta pada hari panas terik kerana bahan toksiknya akan terhakis dan masuk ke dalam minuman dan ia tidak sesuai lagi untuk diminum dan jika diminum juga boleh menyebabkan kanser terutama kanser payudara. 

[2] HDPE
Digunakan untuk botol susu yang berwarna putih susu, tupperware, galon air minum, kerusi lipat, dan lain-lain. Botol plastik jenis HDPE memiliki sifat bahan yang lebih kuat, keras, dan lebih tahan terhadap suhu tinggi. Merupakan salah satu bahan plastik yang selamat untuk digunakan kerana kemampuannya mencegah reaksi kimia antara kemasan plastik berbahan HDPE dengan makanan/minuman. Sama seperti PET, HDPE juga perlu digunakan hanya untuk sekali sahaja kerana pelepasan senyawa antimoni trioksida terus meningkat terhadap masa. 
[KOD 2 jarang digunakan untuk bekas makanan/minuman. Jadi, xyah risau sgt!] 

[3] PVC atau V
V bermaksud PVC (polyvinyl chloride), iaitu jenis plastik yang paling rumit. Ini biasa dijumpai pada plastik pembungkus (cling wrap), dan botol-botol. Reaksi yang terjadi antara PVC dengan makanan yang dikemas dengan plastik ini berpotensi berbahaya untuk ginjal, hati dan berat badan. 

[4] LDPE
Digunakan untuk tempat makanan, plastik kemasan, dan botol-botol yang lembut. Sifat mekanisma jenis LDPE ini adalah kuat, tembus pandang, fleksibel dan permukaan agak berlemak, pada suhu 60 darjah celsius sangat resisten terhadap reaksi kimia, daya perlindungan terhadap wap air adalah baik. Barang berbahan LDPE ini sukar dihancurkan, tetapi tetap baik untuk tempat makanan kerana sulit bereaksi secara kimia dengan makanan yang diperbuat dengan bahan ini. 
[KOD 4 selalunya digunakan untuk bungkusan makanan yang akan digunakan sekali dan dibuang. Ia tidak akan menimbulkan kesan bahaya tetapi jika digunakan untuk mengisi bahan makanan/minuman yang terlalu panas atau terkena minyak masak yang masih panas, bahan plastiknya boleh meluntur dan masuk ke dalam makanan tersebut.] 

[5] PP
Karakteristik adalah biasa botol transparan yang tidak jernih atau berawan. Polipropilen lebih kuat dan ringan dengan daya tembus wap yang rendah, ketahanan yang baik terhadap lemak dan stabil terhadap suhu tinggi. Jenis PP (polypropylene) ini adalah pilihan bahan plastik terbaik, terutama untuk tempat makanan dan minuman seperti tempat menyimpan makanan, botol minuman dan paling penting untuk botol minuman bayi. Carilah dengan kode angka 5 bila membeli barang berbahan plastik untuk menyimpan berbagai makanan dan minuman. 
[KOD 5 selamat digunakan dan boleh dipanaskan di oven microwave tetapi untuk jangkamasa tiga bulan sahaja jika digunakan setiap hari. Oleh itu, kita seharusnya membuangnya dan gantikannya dengan yang baru jika sudah terlalu lama kita menggunakannya.] 

[6] PS
Polystyrene merupakan polimer aromatik yang dapat mengeluarkan bahan styrene ke dalam makanan ketika makanan tersebut bersentuhan. Selain tempat makanan, styrene juga biasa diperolehi dari asap rokok, asap kenderaan dan seumpamanya. Bahan ini harus dielakkan kerana selain berbahaya untuk kesihatan otak, mengganggu hormon estrogen pada wanita yang menyebabkan masalah reproduksi, dan pertumbuhan dan sistem saraf, juga kerana bahan ini sukar dikitar semula. Bahan ini memerlukan proses kitar semula yang sangat panjang dan lama. 

[7] OTHER
Untuk jenis plastik 7, Other mempunyai 4 jenis, iaitu : 
1. SAN – styrene acrylonitrile 
2. ABS – acrylonitrile butadiene styrene 
3. PC – polycarbonate
4. Nylon 
Boleh diperolehi daripada tempat makanan dan minuman seperti botol minum olahraga, alat-alat rumah tangga, komputer, alat-alat elektronik, dan bekas plastik. 
SAN dan ABS memiliki resistensi yang tinggi terhadap reaksi kimia dan suhu, kekuatan, kekakuan, dan kekerasan yang telah ditingkatkan. SAN biasanya terdapat pada mangkuk mixer, pembungkus termos, piring, alat makanan, dan berus gigi, manakala ABS biasanya digunakan sebagai bahan mainan lego. Merupakan salah satu bahan plastik yang sangat baik untuk digunakan sebagai bekas makanan ataupun minuman. 
PC – atau nama Polycarbonate dapat diperolehi pada botol susu bayi, botol minum berkarbonat, dan bekas makanan dan minuman, termasuk bekas susu tepung.
Apapun, gunakan bekas plastik yang terbaik walaupun agak mahal kerana ia bagus untuk mengelakkan penyakit. 

[KOD MERAH yang MESTI DIELAKKAN sama sekali ialah yang bertanda 3, 6, dan 7. Bahan kod 7 biasanya diperbuat dari polycarbonate yang bersifat keras dan lutsinar tetapi mengandungi BPA atau Bisphenol-A yang merbahaya kerana ia bersifat karsinogenic dan boleh menyebabkan KANSER terutama KANSER PAYUDARA. KOD 3 dan KOD 6 mengandungi BPA serta bahan kimia lain yang juga boleh memberi kesan yang sama.] 

Kajian di Amerika Syarikat telah mendapati 95% dari sampel air kencing orang dewasa, ibu mengandung, kanak-kanak dan bayi yang diambil mengandungi bahan BPA ini. Plasenta ibu yang mengandung juga dikesan bahan bahaya tersebut.. Bahan BISPHENOL-A (BPA) ini boleh merosakkan sistem peranakan, mengubah kadar pertumbuhan bayi dan merosakkan organ tubuh, meninggikan risiko payudara, kanser testicular, atau prostrate kadar sperma yang rendah, keguguran, kegemukan, diabetis dan tekanan darah tinggi. Sayang sekali, bahan ini terdapat di kebanyakan botol-botol susu bayi yang ada di pasaran dan pihak berkuasa di Malaysia masih belum membuat apa-apa kenyataan atau tindakan terhadap perkara ini walaupun pihak USRDA yang bereputasi serta rujukan sedunia telah mngesahkan fakta ini. [Baru ada tindakan baru2 ini!]

Jadi, kita kena bertindak sekarang!!! 
1. JANGAN guna plastik KOD 1 berulang kali 
2. JANGAN guna KOD 5 dalam tempoh yang terlalu lama 
3. Yang lebih penting, JANGAN GUNA LANGSUNG KOD 3, 6, 7. 
4. Cara yang terbaik ialah dengan menggantikan dengan bekas yang diperbuat dari kaca atau seramik yang lebih selamat. 

Info di bawah sumber: http://www.mayoclinic.com/health/bpa/AN01955

In the meantime, if you're concerned about BPA, you can take steps to minimize your exposure by:
Marilah kita sama2 membuka mata & menjadi PRIHATIN tentang perkara ini. TQ.


UPDATE: Ada ibu2 di grup HSFFYB mencadangkan agar kita menggunakan botol susu jenis PES [Polyethersulfone]. Ia JUGA BPA FREE. Biar mahal asalkan selamat.
[http://www.greentogrow.com/FactsAboutPESplastic.pdf]

Labels: , , , , , ,