Bayi & Keseronokan [Isu -isu yang perlu dititikberatkan ibubapa - Bahagian 2]

Kenapa Kita Jatuh Hati Pada Bayi 

Berbagai teori dikemukakan ahli sains (termasuk Darwin) dalam hal ini. Satu kajian yang diketuai Morten Kringelbach dan Alan Stein dari Universiti Oxford mendedahkan hasil kajian mereka bahawa satu bahagian daripada otak manusia yang dipanggil 'medial orbitofrontal cortex' akan menjadi sangat aktif sebaik 1/7 saat mereka melihat wajah bayi yang tak mereka kenali. Ia tidak berlaku kepada wajah orang dewasa. - Sciencedaily.com, Why Do We Love Babies? Parental Instinct Region Found In The Brain 


Waktu Mandi Bayi Lebih Menyeronokkan
Anda boleh membuatkan waktu mandi lebih menyeronokkan. Nyanyi kepada bayi anda semasa memandikannya dari mula lagi. Bila dia sudah sedikit besar, berikan dia permainan yang sesuai untuk dibawa mandi bersama. Permainan daripada getah seperti itik atau katak dan juga bola pantai antara yang sesuai dan dapat menceriakan lagi waktu mandi bayi anda 


200 kali baru lekat 
Anak kena mendengar pesan ibubapa 200 kali sebelum pesanan tu melekat dalam mindanya... Jangan jemu pesan kepada anak, setiap hari.. Dato Dr Haji Fadzillah Kamsah 


Jangan takutkan dia...
Pendidikan yang berbentuk ancaman dan menakut-nakutkan anak dengan hantu atau momok akan membuatkan mereka gentar mencuba sesuatu. Perasaan takut itu boleh terbawa-bawa hingga dewasa dan membuat mereka menjadi kurang yakin untuk mencuba pengalaman baru. - Dr Noor Aziah Mohd Saari, Pakar Kanak-Kanak, KBMC 

Walker Tidak Merangsang Anak Cepat Berjalan

Ramai ibubapa yang berpendapat 'walker' membantu anak mereka belajar berjalan. Sebenarnya, ia adalah sebaliknya; walker boleh mengganggu proses pembelajaran anak-anak berjalan. Selain daripada mengurangkan keinginan untuk berjalan kerana bayi rasa lebih mudah bergerak hanya dengan menggolekkan roda walker, walker juga menguatkan otot-otot yang salah. Bahagian bawah kaki memang bertambah kuat, tetapi tidak pada bahagian yang penting untuk berjalan iaitu bahagian paha dan pinggul bayi. - Alan Greene MD FAAP, Baby Walkers, drgreene.org 

Mulakan Penjagaan Gigi Sebaik Sahaja Gigi Bayi Tumbuh

ANTARA perkara yang menggembirakan ibu bapa ialah melihat gigi pertama anak kesayangan mereka tumbuh. Dalam kegembiraan itu, ramai ibu bapa terlupa atau tidak tahu bahawa tanggungjawab menjaga gigi si kecil sudah bermula. Caranya mudah, iaitu membersih gigi dengan sehelai kain lembut yang dilembapkan setiap kali selepas disusu. Mungkin ada yang bertanya, adakah perkara ini perlu kerana gigi si kecil hanya ada sebatang, itu pun baru nampak seperti satu garisan halus.

Jawapannya perlu. Ia penting untuk memupuk tabiat menjaga kebersihan gigi sejak anak masih kecil, iaitu setiap kali selepas makan atau minum susu. Malah, ada doktor gigi berpendapat, ia boleh dilakukan lebih awal sebelum tumbuh gigi bagi membiasakan anak dengan amalan ini. 

Kurangkan Memberi Anak Permainan Elektronik 

Permainan elektronik lebih menyeronokkan tetapi ia menghadkan daya berfikir yang lebih bebas kepada anak anda. Pilih mainan yang tidak menyekat cara kanak-kanak bermain seperti blok, kotak dan bekas kosong supaya kanak-kanak dapat bereksperimentasi untuk lebih kreatif. 


Nyanyi Bersama Anak Anda
Menyanyi bersama anak kecil anda merupakan sesuatu yang menyeronokkan. Sambil menyanyi anda boleh membuat gerakan seperti...melompat, berpusing-pusing, berikan pelukan dan ciuman, tepuk tangan,buat mimik muka, geletek dan... jatuhkan badan anda! 

Bila Anak yang Sedang Potty Training Enggan ke Tandas

Ibu-ibu yang sedang melatih anak ke tandas mungkin kadang-kadang hadapi masalah membawa anak kecil mereka ke tandas. Mungkin dia bosan kerana terlalu kerap di bawa ke tandas. Salah satu cara yang anda boleh gunakan untuk memujuknya ialah dengan memintanya membawa anak patung kesayangannya membuang air.

credit to: ratuhati.com

Labels: , , ,