Bayi & Pemakanan [Isu -isu yang perlu dititikberatkan ibubapa - Bahagian 4]

Madu, Selamatkah untuk Bayi Anda? 
Madu merupakan makanan kesihatan yang paling popular. Namun begitu ia tidak disarankan untuk bayi anda yang berusia dibawah satu tahun. Ini kerana madu mengandungi Clostrium botulinum yang boleh mengakibat bayi anda maut. Saluran penghadaman bayi tidak mampu menghalang pertumbuhan spora botulism ini yang boleh menghasilkan toksin. Kanak -kanak yang berumur satu tahun keatas boleh memakannya dengan selamat.

Cereal Bayi atau Makanan Masak Sendiri untuk Bayi Anda 
Tidak dinafikan bahawa cereal memang telah diperkaya dengan zat besi dan lain-lain zat. Namun begitu bagaimana kadar penyerapan dengan zat ini di dalam tubuh anak kita? Adakah ia senang diserap dengan sempurna?Jadi persoalan ini belum lagi terjawab kerana tiada lagi kajian dibuat ke atas cereal tersebut. Berbanding dengan bubur nasi, kita boleh perkayakan sayuran yang kaya dengan zat besi contohnya sayuran hijau kerana ia sumber semulajadi dan senang diserap oleh tubuh. - Puan Norliza Zainal Abidin, Pakar Pemakanan dalam Makanan Pertama Bayi Anda, forum Ratuhati

Beza Alahan Makanan dengan Intolerans 
Alahan terhadap makanan kadangkala disalah-ertikan dengan makanan yang tidak boleh diterima (intolerans terhadap makanan). Makanan tidak boleh diterima adalah apabila badan si manja tidak boleh mencerna makanan yang diambil. Alahan terhadap makanan pula sangat serius, tetapi jarang sekali berlaku.
Alahan makanan terjadi apabila badan si manja sangat sensitif dan menganggap makanan yang diambil sebagai ‘musuh’ dan memberikan reaksi tindakbalas alahan terhadapnya. 
Salah satu cara untuk mengetahui sama ada kanak-kanak mempunyai alahan terhadap makanan ialah dengan memerhatikan sama ada dia mempunyai ‘gejala-gejala oral’. Sesetengah jenis makanan juga mungkin memberikan petanda seperti ruam, senak, mual dan loya, cirit birit, gatal-gatal atau hidung berair. 

Terlebih Beri Susu 
Kesilapan biasa ibubapa adalah memberikan anak-anak terlalu banyak susu atau jus sehingga dia kenyang yang akhirnya membuatkan dia tak mahu makan, memaksa anak makan walaupun dia tidak lapar dan memaksa dia makan makanan yang dia tak hendak. 

Memberi Makan Dengan Botol Susu 
Sesetengah ibu bapa selesa memberikan anak mereka makan dengan menggunakan botol susu. Walaupun makanan pertama bayi anda sangat cair, anda tidak boleh menggunakan botol susu yang dibesarkan lubang putingnya untuk memberinya makan. Kenapa? 
Ingat, botol susu hanya untuk susu atau air kosong sahaja, bukan untuk makanan dan bukan juga untuk jus. 

Jangan Tambah Garam Sehingga Bayi Setahun 
Buah pinggang bayi dan anak kecil belum cukup matang lagi untuk memproses garam yang berlebihan daripada makanan. Jika anak memakan garam yang berlebihan, dalam jangka panjang, buah pinggang anak mungkin mengalami kerosakan yang tidak boleh dibaiki. Walaupun garam merupakan nutrien penting dan diperlukan oleh badan manusia, ia terdapat dalam jumlah yang mencukupi dalam susu ibu, nasi dan kebanyakan makanan yang biasa diberi kepada bayi. Oleh itu, jangan tambah garam atau bahan perisa buatan yang lain kepada makanan bayi. - Prof. Madya Dr. Poh Bee Koon, Utusan Malaysia 

Biasakan Anak Dengan Sayuran 
Membiasakan anak dengan rasa sayur-sayuran sejak usia muda dapat membantu mengurangkan kebarangkalian anak anda tidak suka akan sayur-sayuran semasa mereka membesar kelak. Sayur-sayuran yang diberikan itu haruslah dilumatkan atau dimasak sehingga lembut, dan diberikan satu hingga dua sudu teh setiap kali. Dr Teng E Siong, Nutriweb 

Panduan Memilih Makanan Bayi Komersial 
Makanan yang dibeli siap juga berkhasiat dan selamat (walaupun tidak sebaik makanan dimasak sendiri ibu) jika anda tahu rahsianya. Anda harus memerhatikan perkara-perkara berikut ketika membeli makanan bayi siap... 
NAMUN, IBU-IBU, MAKANAN YANG DISEDIAKAN OLEH IBU2 DENGAN AIR TANGAN SENDIRI LEBIH BERKAT, TIADA KANDUNGAN TERSEMBUNYI YANG BOLEH MEMBAHAYAKAN BAYI KITA. PILIHLAH YANG TERBAIK.

Labels: , , , , , , ,