Bayi & Petua [Isu -isu yang perlu dititikberatkan ibubapa - Bahagian 3]

Petua Menghilangkan Kesan / Kerak Susu Dalam Botol

Selain dari menggunakan berus, untuk menghilang kesan-kesan susu yang tertinggal didalam botol selepas anak-anak puan-puan menghisapnya, atau puan-puan merebusnya di dalam air panas, ini ada satu cara yang baik. Jika hendakkan kesan susu itu segera hilang. Ambil garam makan yang kasar 1 camca teh, dan masukkan dalam botol, tuangkan air, tutup botolnya goncangkan botol itu. Insya’allah akan bersih dan segera, lebih baik lagi, kalau dituangkan air panas, kuman-kumannya pun mati. - nasron.wordpress.com 


Petua Tepuk untuk Atasi Masalah Bayi Berkahak 
Selsema, batuk dan kahak membuatkan si manja sukar bernafas dan berasa tidak selesa? Apa kata ibu bapa cuba petua ini, yang boleh dilakukan di rumah sahaja - tanpa ubat, tanpa apa-apa peralatan. 
Sebagai contoh, jika bayi mengalami hidung tersumbat dan batuk berkahak dan di rumah memang tidak mempunyai mesin sedut hingus, ibu bapa boleh mencuba teknik tepukan yang dinamakan percussion ke atas bayi mereka. 


Petua Anak Selsema, Gunakan Lendir Sirih
Kasihan melihat anak kecil selsema, lebih-lebih lagi jika dia sukar benafas. Anda boleh cuba petua ini. Ambil beberapa tangkai daun sirih, tekan dengan jari hingga mengeluarkan lendirnya. Kemudian sapukan pada batang hidung bayi. Cara ini akan melegakan selsema dan pernafasan menjadi mudah. - Sumber: Petua Atuk Abah, Laman web Perpustakaan Negara Malaysia 


Jangan Korek Telinga Anak Anda
Biasanya Dr pakar ENT tak bagi guna cotton bud... 1st sebab banyak sangat kes cotton bud melekat kat dalam telinga jadi foreign body esp children, kadang2 ada kes pendarahan atau luka... yg kedua, ia mengganggu sistem pembuangan wax yang normal... telinga kita boleh membuang wax secara semula jadi, apa yang berlaku cotton bud akan menolak semula wax ke dalam telinga yang akan menimbulkan penyakit... kadang2 ada orang tak pernah korek telinga tapi bersih je tak der wax.. percaya tak? my advice.. tak payah korek.. - Dr Azwan

Langkah Kecemasan dan Pencegahan Anak Tercekik 
Kebanyakan kemalangan di rumah boleh dielakkan, tetapi adakalanya kita tetap terlepas pandang sesetengah perkara. Justeru, ibu bapa dan ahli keluarga perlu belajar sedikit sebanyak teknik pertolongan kecemasan supaya mereka sentiasa bersedia menghadapi keadaan yang tidak diduga seperti anak tercekik. Sebagai persediaan, langkah di bawah diharap dapat dijadikan panduan. 

Bayi (Umur kurang daripada setahun) 
TANDA TERCEKIK:
Kadang kala kanak-kanak akan tersedak (seperti kacang tanah) jika objek tersebut sangat kecil. Mereka akan mengalami : 
BANTUAN KECEMASAN: 
1. Panggil 999. Minta bantuan. 
2. Buka mulut bayi dan periksa. Jangan cuba jolok jari ke dalam mulut bayi anda. Ini akan memburukkan keadaan. 
3. Tiarapkan bayi di atas lengan dengan kepala terkulai sedikit ke bawah. 
4. Tepuk badan bayi lima kali (bawah sedikit daripada bahu). 
5. Jika tiada respon, terlentangkan bayi. 
6. Letakkan dua jari di bahagian ulu hatinya. Tekan perlahan ke arah kepala lima kali (tiga saat setiap tekanan). 
7. Periksa mulutnya dan keluarkan jika ada objek yang membuat dia tersengkang. 
8. Jika objek tersebut masih tidak keluar, ulangi 2 hingga 7
9. Jika tiada objek tersangkut dan bayi masih tidak sedar, lakukan CPR. 
10. Segera hubungi ambulans. 

JANGAN:
Kanak-kanak (antara satu hingga tujuh tahun) 

TANDA TERCEKIK: 
Sesak nafas. 
Susah bercakap. 
Batuk. 
Tidak boleh bernafas, bercakap dan batuk teruk (jika tercekik sepenuhnya). 

BANTUAN KECEMASAN: 
1. Tundukkan badan kanak-kanak ke depan. Suruh anak anda batuk. 
2. Tepuk lima kali di belakang anak (di belakang dada). Periksa mulutnya. 
3. Jika objek masih tidak keluar, berdiri di belakang anak. Letakkan tangan kanan di dada anak dan pegang pergelangan tangan kanan tadi dengan tangan kiri. 
4. Tarik bahagian dada anak ke atas sebanyak lima kali. Jika dia masih lemas, teruskan langkah 5. 
5. Berdiri belakang anak dan alihkan tangan anda ke perutnya pula. Tarik tangan anda ke atas supaya perutnya tertekan sedikit. Ulang lima kali. Periksa mulutnya. Jika anak masih lemas, hubungi ambulans. 
6. Langkah pencegahan penting untuk elakkan anak tercekik: 
7. Jangan benarkan anak anda makan ketika bermain. 
8. Sediakan makanan dalam bentuk saiz kunyahan. 
9. Pastikan lantai, meja dan tempat mereka bermain bebas dari objek-objek yang kecil seperti butang, guli, duit syiling, pin dan manik-manik. 
10. Elakkan makanan yang mudah tercekik bagi kanak-kanak seperti kacang tanah, gula-gula dan bertih jagung. 
11. Elakkan memberi alat permainan yang mempunyai bahagian-bahagian yang kecil kepada kanak-kanak. 
12. Pelajari bantuan kecemasan dan langkah-langkah yang patut dilakukan jika anak anda tercekik.

RUJUKAN: 
Cara atasi masalah tercekik, NORLAILA HAMIMA JAMALUDDIN, Harian Metro

credit to: ratuhati.com

Labels: , , , , , , , , ,