Bayi & Tidur [Isu -isu yang perlu dititikberatkan ibubapa - Bahagian 1]

Syarat Bayi Tidur Tiarap 

Tiada salahnya ibu bapa menidurkan anak-anak dalam keadaan meniarap, tetapi pastikan tilam yang digunakan tidak lembut. Dan, letakkan bantal nipis di bawah perut bayi supaya mereka berasa selesa. Jika ibu bapa mendapati bayi mereka boleh mengalihkan muka mereka ke sisi sewaktu tidur meniarap maka, mereka bebas tidur dalam keadaan begitu. - Konsultan Pediatrik Paru-paru, Dr. Norrashidah Abd Wahab, Elak anak lemas tidur, Kosmo 


Tanda Bayi Ingin Tidur 
Ada beberapa tanda yang menunjukkan bayi anda sedia untuk tidur seperti: 

Tidur Bayi yang Lena, Amalkan Rutin 3 Langkah

Amalkan melakukan rutin  3 langkah waktu tidur. 
Caranya, mandian air suam atau mengelap bayi dengan menggunakan kain lembap suam, kemudian lakukan urutan lembut untuk merehatkan bayi dan diakhiri dengan aktiviti waktu tidur bayi yang sunyi seperti menyanyi, bercerita atau bercakap dengan perlahan. 

"Tujuan utama tiga langkah ini diwujudkan adalah untuk memudahkan bayi menikmati waktu tidur malam yang berkualiti tanpa ada sebarang gangguan". 

- Dr. Norrashidah Abdul Wahab, Pakar Perunding Kanak-kanak dan Pakar Paru-paru Kanak-kanak merangkap ahli APPSA Malaysia, Tidur Malam Berkualiti, Kosmo semasa kempen Ibu untuk Waktu Tidur Si Manja.. 


Kepentingan Rutin Tidur Tetap Bagi Bayi 
Kepentingan rutin waktu tidur yang tetap adalah bertujuan membantu kanak-kanak mengenali waktu malam serta menetapkannya sebagai masa untuk berehat dan tidur. 
"Rutin waktu tidur yang tetap penting untuk membiasakan bayi berehat dan tidur dengan berkualiti agar dapat memaksimumkan kebaikan tidur itu sendiri. Secara tidak langsung, ia dapat membantu tumbesaran dari segi perkembangan sosial, kongnitif dan fizikal". 
- Dr. Norrashidah Abdul Wahab, Pakar Perunding Kanak-kanak dan Pakar Paru-paru Kanak-kanak merangkap ahli APPSA Malaysia, Tidur Malam Berkualiti, Kosmo

Bantal dan Tilam Empuk Bahaya 
Bantal dan tilam yang terlalu empuk seperti yang diperbuat daripada kekabu berisiko mengakibatkan kejadian lemas kepada kanak-kanak ketika tidur kerana strukturnya terlalu empuk yang boleh membenamkan sebahagian kepala mereka terutamanya jika ditidurkan dalam keadaan meniarap menyebabkan muka mereka menghadap tilam. - Pengarah Pusat Pengajian Sains Perubatan Universiti Sains Malaysia (USM).


credit to: ratuhati.com

Labels: , , ,