ASMARA RELEK JER...

Susulan entry lepas, Mommy rasa tensen plak sbb orang melayu sendiri x ngaku yg dia lakukan perkara yang sgt tidak beradat ketimuran. Malah, apa yang dipilihnya adalah adat kebaratan. Hmmm.. Masa Mommy baca petikan Kosmo, ada 1 jawapan yg diberi encik asmara gelora ini yang buatkan Mommy rasa, dia nih mmg dh kurang iman..ye r, sah2 tau hukum, BERDOSA.. Bukan BULLDOZER.. ada paham? sbb tu Mommy ckp org cmnih kurang iman. Nape Mommy ckp cmtuh? tgk jwpn dia:

Kenapa anda sanggup terima tawaran berlakon dalam klip video tersebut?
Pertama kerana saya mengenali Gambit. Saya membantunya dengan menerima tawaran tersebut. Sebab kedua kerana Gambit memberitahu saya bahawa klip ini adalah untuk tujuan pasaran antarabangsa.
Saya beritahu dia, kalau pasaran kita memang tidak lepas klip sebegini. Saya rasa ini peluang yang baik untuk saya muncul di pasaran antarabangsa.

Anda tidak terfikir tentang sensitiviti masyarakat kita?
Bagi saya, orang Malaysia memang susah terima perkara sebegini walaupun sebenarnya adegan begitu juga ada dalam filem mahupun drama lain.
Saya cuma menjalankan kerja saya dan bukan pandai-pandai saya. Saya ikut jalan cerita yang dimahukan sebagai seorang suami.

Tidakkah rasa dimurahkan dengan hasil kerja tersebut?
Tidak. Jalan ceritanya okey, mungkin kekurangan dari sudut seni, efek juga kurang.

Tidak rasa berlebihan?
Saya tidak rasa berlebihan.

Anda tahu klip video ini dikutuk hebat oleh masyarakat?
Inilah mentaliti orang Malaysia. Saya memang dengar dan baca banyak kutukan orang. Tapi saya ingin bertanya kepada yang mengutuk itu, adakah mereka berani dan bersedia untuk membuat sesuatu seperti klip video tersebut? ---->mommy: ada ke tnya cmnih??
Saya tidak kisah kalau diberi nasihat tetapi ada juga carutan yang ditulis di laman blog dan web. Pada saya, kalau mereka mencarut, di mana akhlak baik mereka sebenarnya. Akhlak mereka juga tidak betul, mahu betulkan orang lain.
Gambit melakukan tugasan dia sebagai sutradara dan kenapa orang lain yang sibuk-sibuk?

Laporan penuh: KOSMO

MOMMY:
tau nape Mommy highlight in red? sebab itu adalah jawapan orang yg menggunakan ide bukan berlandaskan hukum. tq

Labels: , ,