BAYI MAUT - SALAH BERI UBAT

Bayi dua bulan diberi salah ubat maut


KUALA LUMPUR: Seorang bayi lelaki berusia dua bulan maut selepas menerima rawatan lebih empat jam di Hospital Ampang, di sini, kelmarin.

Difahamkan, kanak-kanak terbabit muntah teruk dipercayai kerana diberikan ubat salah oleh ibunya berusia lewat 20-an.

Malah, ketika dihantar ke hospital oleh ibunya, bayi terbabit dilaporkan tidak sedarkan diri.

Dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi di sebuah rumah di Taman Halaman, Ampang, di sini, suri rumah terbabit memberikan anak lelakinya itu ubat kerana demam.

Menurut sumber, selepas lima minit kemudian, bayi terbabit muntah.

“Tersentak dengan keadaan itu, ibunya bergegas membawa mangsa ke hospital. “Pegawai perubatan memberikan bantuan pernafasan kepada bayi terbabit. Selepas rawatan pernafasan, bayi terbabit memuntahkan air dengan jumlah banyak,” katanya.

Sumber berkata, selepas lebih empat jam diberikan rawatan, bayi terbabit meninggal dunia. Difahamkan, bedah siasat pertama sudah siap, namun pihak berkuasa masih menunggu laporan bedah siasat kedua untuk mengklasifikasikan kes berkenaan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin ketika dihubungi berkata, pihaknya mengklasifikasikan kes itu sebagai kematian mengejut sementara menunggu laporan penuh bedah siasat.

SUMBER: METRO

MOMMY: Ubat apa yg ibunye bagi? Sian sgt. Wahai ibu yg terbabit, jgn salahkan diri sendiri sgt. Sebab kejadian telah berlaku. Namun, harap ibu waspada selepas ini. Buat ibu2 semua, buanglah ubat yang tidak sepatutnya. Jangan simpan ubat yang pernah diambil dlm tempoh masa yang lama. Atau juga, jika anak kalian demam, jgn lupa kerap jeramkan kepala dengan air suam atau air asam jawa. Sapu di kepala sentiasa, sehingga suhu turun. Letak towel kecil di bawah ketiak anak anda. Takut terkena SAWAN. PERHATIAN: TANDA SAWAN adalah anak kita ttba jadi kejang & TIDAK RESPON kepada kita.. Sentiasa bersedia dengan kunci kereta & telefon di sisi anda ketika kecemasan. Sayangilah anak kita. Ya Allah. Jauhilah malapetaka ini.

Labels: , ,