MASALAH KENCING TIDAK TERKAWAL

ADA orang terutama wanita tidak suka minum banyak kerana tidak mahu berulang alik ke tandas terutama ketika bekerja.

Tahukah anda dalam tempoh itu kita sepatutnya buang air kecil sebanyak tiga hingga empat kali atau sekali bagi setiap dua hingga tiga jam?

Bagaimanapun, ada sesetengah orang yang mengalami masalah kebocoran kencing sebelum sempat sampai ke tandas dan perkara ini membuatkan mereka berasa tertekan. 

Malah kebocoran kencing (terkencing sedikit) turut berlaku apabila batuk, bersin, ketawa atau ketika bangun daripada duduk. 

Bahkan jika mahu ke mana-mana, mereka pastikan tempat bakal dikunjungi ada tandas awam yang bersih.

Apabila masalah ini berlaku, ramai wanita kurang minum air dan mengelak mengambil makanan mengandungi banyak air.

Mereka berpendapat dengan kurang minum air, masalah ini berkurang.

Bagaimanapun, ia tidak menyelesaikan masalah ini, sebaliknya menyebabkan air kencing menjadi lebih pekat.

Air kencing pekat yang berwarna oren menandakan badan kita mengalami dehidrasi atau kekurangan air.

Punca 
-Otot pundi kencing terlalu aktif 
-Otot pelvik (yang menyokong pundi kencing, rahim dan rektum) lemah 
-Gangguan sistem saraf 

Punca jangka pendek termasuk
-Jangkitan saluran kencing (sangat lazim) 
-Jangkitan atau keradangan vagina 
-Sembelit 
-Kehamilan dan melahirkan anak 

Punca jangka panjang
-Selepas menopaus (akibat perubahan hormon) 
-Berlaku perubahan akibat penuaan 
-Pernah menjalani pembedahan atau kecederaan pelvik 
-Menghidap penyakit kronik seperti kencing manis, strok, Alzheimer atau Parkinson 
-Kecacatan sejak lahir 

Jenis2 masalah
*Tekanan - Pelepasan beberapa titik air kencing sewaktu pergerakan fizikal (batuk, bersin, bersenam) 
*Desakan - Pelepasan air kencing pada kadar yang banyak di luar jangkaan, termasuk sewaktu tidur 
*Pundi kencing terlalu aktif n kerap dan tidak dapat menahan air kencing, sama ada dengan atau tanpa kawalan 
*Batasan fungsi - Kencing yang tidak teratur disebabkan kecacatan fizikal, halangan luaran atau masalah pemikiran atau berkomunikasi yang menghalang seseorang dari sampai ke tandas 
*Melimpah - Pelepasan kecil air kencing di luar jangkaan kerana pundi kencing penuh 
*Gabungan - Biasanya berlaku disebabkan tekanan dan kegagalan mengawal kencing 
*Tidak tetap - Pelepasan yang berlaku secara sementara (disebabkan jangkitan, pengambilan ubatan yang baru, demam dan batuk) 

Kumpulan berisiko
-Wanita 
-Melahirkan anak, terutama jika proses bersalin mengambil masa lama, bayi dilahirkan besar atau kerap bersalin 
-Obesiti 

Rawatan
-Jaga pemakanan - Kurangkan berat badan jika anda gemuk 
-Kurangkan pemakaian korset (kerana ia akan menekan lantai pelvik ke bawah) 
-Pakai baju longgar 
-Elak pengambilan sesetengah jenis ubat dan minuman mengandungi kafein (ia bersifat diuretik yang merangsang pembuangan air kecil) 
-Kurangkan aktiviti fizikal hinggalah masalah dapat dikawal 
-Buat diari buang air kecil bagi membolehkan doktor meneliti masalah anda. Dalam diari ini catatkan berapa banyak air anda minum, jenis minuman, berapa kerap anda buang air kecil dan berapa banyak air kencing anda.
-Jangan tahan kencing terlalu lama, jadikan amalan untuk pergi ke tandas setiap dua hingga tiga jam. 
-Melakukan senaman kegel untuk menguatkan otot lantai pelvik. 

SUMBER:SINI

Labels: , ,