NEW PSP : PLAYSTATION VITA

2011/06/07, LOS ANGELES: Sony Corp memperkenalkan permainan mudah alih generasi baru, 
Sony Playstation Vita
dengan ciri-ciri antara muka sesentuh dan gajet yang boleh dipegang berasaskan ciri sensitif terhadap pergerakan. 

Playstation Vita yang dijual sebelum cuti musim sejuk disifatkan pelancaran produk terbesar Sony selepas Playstation 3, lima tahun lalu.
Permainan mudah alih itu akan menghubungkan dua pemain melalui rangkaian telefon dan WiFi, serta alat teknologi pengesan lokasi menerusi Sistem Kedudukan Global (GPS).

Di Amerika Syarikat (AS), Sony menjalinkan kerjasama ekslusif bersama AT&T bagi perkhidmatan telefon mudah alih. 

Sistem permainan itu berharga AS$249 bagi versi WiFi, yang mana mula dijual pada hari ini di Ekspo hiburan elektronik, iaitu konvensyen industri permainan digital tahunan yang dikenali sebagai E3. 

Bagi versi talian perkhidmatan telefon mudah alih akan dijual pada AS$299 dan di mana pelanggan perlu mendaftar pada pelan data perkhidmatan selular. 

Reka bentuk menariknya adalah ciri kamera di depan dan belakang, skrin sesentuh di bahagian depan, papan sesentuh, dan alat kendalian duaan. 
Ia boleh dimainkan bersama permainan yang dimainkan pada Playstation 3 berasaskan sambungan internet, di mana sistem itu diaktifkan semula selepas ditutup susulan serangan penggodam, baru-baru ini. - AP

SUMBER: SINI


Untuk spec, leh usha SINI

Labels: ,