PUJI ATAU KRITIKLAH ENTRI KU INI..

Tugasan BA hari ini:

Letak Header Ben Ashaari Blog ..
Tajuk PUJI ATAU KRITIKLAH ENTRI KU INI .. dan linkkan ke entri ini ..
Berdasarkan gambar ni , karangkan satu entri dan kaitkan dengan dunia blogger .. Tidak lebih 100 patah perkataan ..
Siap ? Sila tinggalkan url entri anda di ruangan komen beliau

Tugasan diselesaikan:

Sebagai pencinta terhadap bidang fotografi, setiap gambar yang Mommy tatap, menceritakan sesuatu. Bak kata omputih la 'pictures worth a thousand words'. Kan? Bagi Mommy, apa yang dapat disimpulkan adalah walaupun kita di dalam keadaan yang susah sekalipun, dengan usaha yang kita lakukan, kita akhirnya akan berjaya.

Kaitan?
Korang semua nampak kan? Kereta yang jurugambar tersebut naik, berada dalam barisan kenderaan2 lain yang menunggu giliran untuk bergerak. Walau sesak & bergerak perlahan2, akhirnya kita akan berjaya juga tempuhi kesesakan tersebut bukan? Takkan kita nk matikan enjin kereta kat tengah sesak2 tu sebab tensen dgn jem?

Mommy applykan dengan kehidupan Mommy sebagai Blogger, Mommy tau ramai sangat Blogger2 lain kat luar sana yang mantap2, ramai followers, sampaikan Mommy jadi takut untuk bergerak. Bolehkah Mommy setanding mereka? Tapi, Mommy x berhenti kat situ. Mommy terus bergerak. Dan akhirnya, Mommy punya followers yang bertambah & Mommy dapat rasakan, segala input2 dalam blog Mommy tidak merugikan pembaca.. Buktinya, ada kritikan blog seperti sebelum ini.

Baiklah, jika korang punya kritikan samada memuji atau mengkritik, dipersilakan.

Labels: , ,