SINOPSIS NORA ELENA

"Nora Elena (Siti Saleha) ialah kisah seorang wanita yang telah diperkosa semasa dia berusia 15 tahun. Walaupun sukar untuk melupakan insiden hitam tersebut, kini beliau selesa menjalankan kehidupannya seperti normal dan bakal mengahwini Idham (Zul Ariffin). Namun, keadaan mula berubah setelah bertemu Seth Tan (Aaron Aziz). Idham bercadang untuk membatalkan majlis perkahwinannya dengan Nora Elena setelah menerima satu panggilan misteri yang menceritakan perihal Nora Elena yang bukan lagi seorang perawan. Seth Tan pula menawarkan dirinya menjadi Pak Sanggup menggantikan tempat Idham di dalam majlis perkahwinan tersebut kerana masa semakin suntuk. Konflik yang lebih mendebarkan berlaku setelah Nora Elena dan Seth Tan berkahwin. Nora Elena mendapat tahu Seth ini rupanya lelaki yang telah menodainya 10 tahun lalu. Malangnya Nora ketika itu sedang mengandung anak Seth. Dapatkah Nora menerima dan memaafkan Seth yang sudah insaf dengan perbuatan silamnya? Apakah motif Seth mengahwini Nora?"

Mommy:
Mommy adalah salah seorang penonton tegar cerita ini. Kalau termiss 15 minit, Mommy akan segera buka tonton.com.my pada malam tersebut. heehehehe. Besssss wooo..
Mommy so far, terperasan 2 perkara yg berkaitan dgn Mommy:
1. 1 sedutan di mana handbag purple yang Nora pakai adalah sebijik sebuntat macam Mommy punya.
2. 1 sedutan [7june2011], di mana Yvonne dijemput Seth Tan di pondok pengawal umah Mommy [Apartment Sri Baiduri, Ukay Perdana]. Buktinya, ttba ternampak wajah pakguard yg memang ada sekarang.. ;p

Labels: , ,