UBAT PENAHAN SAKIT SEMASA BERSALIN

Ramai wanita merasa lega apabila diberi-tahu yang terdapat kaedah perubatan yang boleh mengurangkan sakit bersalin.


Entonox

Entonox adalah ubat sedut yang popular dan dapat mengurangkan sakit bersalin dengan efektif sekiranya anda dapat mengunakannya dengan baik. Ia adalah campuran oksigen dan nitrous oxide dan diberikan dengan mengunakan plastik mask yang diletakkan pada muka. Caranya ialah dengan memegang mask tersebut dan cuba menyedut ubat tersebut sedalam mungkin ke paru-paru. Walaubagaimanapun, kelegaan terhadap sakit cuma sekejap dan ramai diantara pesakit tidak dapat mengunakannya dengan betul. 
--> [Mommy mungkin salah seorang pesakit yg x pndai menggunakan Entonox. Akibatnya, Mommy muntah2 slps  sedut 3x. Bluwekkkk]


Ubat suntikan

Ubat yang biasa diberikan ialah pethedine dan selalunya diberikan melalui injeksi pada bahagian punggung. Ia diberikan 4-6 jam bergantung kepada tahap kesakitan pesakit. Ia tidak begitu efektif dan boleh memberi rasa mengantuk kepada ibu. Kesan sampingan yang lain ialah bayi yang lahir juga mungkin mengalami masalah pernafasan selepas sahaja lahir tetapi ia cuma untuk sementara waktu.
--> [Owh.. baru sekarang Mommy sedar perkara ini. Mommy memang disuntik, Mommy memang mengantuk & ttba tersedar & terus rasa nk teran, & anak Mommy terus dilarikan ke NICU utk kemudahan oksigen.. Owh no!!!!]

Epidural


Epidural adalah ubat penahan sakit yang paling efektif dan sangat popular buat masa sekarang. Satu catheter kecil akan dimasukan kedalam tulang belakang dan ubat akan diberikan secara berterusan sehinggalah anak anda dilahirkan. Anda mungkin tidak dapat merasa perasaan untuk meneran sebagaimana wanita lain tetapi ia tidak melambatkan proses bersalin.
--> [Mommy sebelum bersalin, hanya mempunyai info mengenai epidural jika hendak menahan kesakitan. Naive! Mommy ada meminta, namun alasan yang diberikan, doktor bius xde malam2. Arghhhh..]


SUMBER: SINI

Labels: , , , , ,