BAPA BUAT SEX DENGAN ANAK??!!@#$$%^

YA ALLAH!! KESIAN ANAK-ANAK KECIL ITU!!! 
PETIKAN METRO

KOTA BHARU: “Dalam rayuan, tertuduh pertama (ayah) nak bertaubat, tetapi taubat kerana ditangkap, dikira ‘taubat terpaksa’ dan mahkamah tidak dapat terima taubat itu. Jika kamu nak bertaubat, taubat betul-betul (taubat nasuha).
“Bagi tertuduh kedua (anak), sebagai pelajar, kamu perlu menjaga diri dan jika ada situasi mencurigakan, kamu boleh keluar rumah atau memberitahu ibu kamu, tetapi kamu gagal dalam situasi itu,” kata Hakim Syarie Abu Bakar Abdullah Kutty di Mahkamah Tinggi Syariah, di sini, semalam.
Abu Bakar berkata demikian ketika menjatuhkan hukuman penjara dan denda terhadap ayah dan anak selepas mengaku salah berkelakuan sumbang dan bersekedudukan hingga melahirkan tiga anak masing-masing berusia enam, lima dan tiga tahun bermula dari 2004 sehingga ditahan kira-kira jam 1.30 pagi, semalam.
Dalam penghakimannya, Abu Bakar menjatuhkan hukuman penjara setahun dan enam bulan serta denda RM2,500, terhadap tertuduh pertama berusia 45 tahun, yang juga seorang mekanik dan berdepan hukuman penjara enam bulan jika gagal membayar denda.
Bagaimanapun, tertuduh kedua, berusia 25 tahun yang juga anak tertuduh pertama bernasib baik kerana dikenakan hukuman denda RM2,000 dan berdepan hukuman penjara enam bulan jika gagal membayar denda. Kedua-dua tertuduh juga dilarang tinggal serumah untuk selama-lamanya.
Mommy:
Ya Allah!!! Apakah ini??? Ini memang tanda akhir zaman nih!!! Isk.. xle diterima akal. Kenapa tergamak si anak sanggup begitu? Lebih malang, bagaimana 3 anak kecil yang berumur 3, 5 & 6 itu? Apa nama hubungan mereka? Anak? Cucu? Atau APA?? urghh.. hancur otak ni kalau nk pk!! Masya Allah!!! Jauhkan la perkara2 keji ini dari lingkungan kami Ya Allah!

Mommy ingat, omputih je yg wt keje giler cmnih!! isk.. Korang pernah dengar pengakuan live ttg hubungan gilababis$@#^%#%# mcm nih?

Tengok sini PART 1
Tengok sini PART 2

Labels: ,