KES BALING ANAK KE DINDING : METRO @ UTUSAN YANG KITA BOLEH PERCAYA??

Utusan - Marah suami, anak patah kaki dipukul
KUALA LUMPUR 9 Ogos - Akibat terlalu marahkan suaminya, seorang wanita sanggup menjadikan anak mereka yang baru berusia dua tahun sebagai mangsa sepak terajang sehingga menyebabkan kaki kanan kanak-kanak itu patah.
Suri rumah tersebut dipercayai hilang kawalan ketika bertengkar dengan suaminya lalu bertindak melepaskan geram terhadap mangsa.
Kejadian berlaku pada hari pertama umat Islam hendak berbuka puasa kira-kira pukul 7.30 petang pada 1 Ogos lalu, di rumah mereka di Taman Orkid, dekat sini.
Keadaan mangsa semakin serius selepas seminggu kejadian itu apabila kaki kanannya mula membengkak sehingga dia tidak boleh bergerak.
Berikutan itu, wanita berkenaan membawa anaknya mendapatkan rawatan lanjut di wad kecemasan Hospital Kajang, semalam.
Menurut sumber, seorang doktor yang merawat kanak-kanak itu terkejut apabila mendapati terdapat beberapa kesan lebam serta bengkak di bahagian paha kaki kanan mangsa.
"Bimbang dengan keadaan mangsa, doktor berkenaan telah membuat satu laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang," katanya.
Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ab. Rashid Ab. Wahab ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini mengesahkan kejadian tersebut.
"Pihak polis menjalankan siasatan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001. Siasatan awal mendapati kejadian berpunca daripada masalah rumah tangga pasangan muda itu," katanya.
sumber: Utusan

Metro - Baling anak ke dinding
KAJANG: Seorang kanak-kanak berusia dua tahun kini terlantar di hospital selepas kaki kirinya patah dipercayai angkara ibu sendiri yang menghumbannya ke dinding semata-mata untuk melepaskan kemarahan selepas bergaduh dengan suami yang juga bapa kandung mangsa.
Selain patah kaki, kanak-kanak lelaki itu turut mengalami lebam serta bengkak pada beberapa anggota badan dan lebih menyedihkan, dia hanya dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan selepas seminggu menderita kesakitan.
Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ab Rashid Ab Wahab berkata, kejadian berlaku pada hari pertama umat Islam berpuasa 1 Ogos lalu di sebuah rumah di Taman Orkid di sini. “Ibu terbabit yang berusia 23 tahun dipercayai menghumban anak lelakinya berusia dua tahun ke dinding rumah bagi melepaskan kemarahan selepas berselisih faham dengan suaminya.
“Selepas seminggu berlalu dan mendapati anaknya sering menangis, ibu terbabit membawa anaknya ke Hospital Kajang (HK) dan doktor mendapati mangsa patah kaki kiri serta lebam di beberapa anggota badan,” katanya.
sumber: Metro

Mommy: Pelik dengan media massa. xkan sumber yg dicari tu berlainan? haish.. sendiri bacalah yg mana macam over judge!

Labels: ,