LAGU RAYA 2011 YANG TERBAIK SETAKAT INI!


Hari Yang Ku Nanti - Adira ft. Hazama & Dina 

(Adira) 
Hari yang ku nanti telah menjelang kini 
Kenangan indah yang dulu pasti menjelma lagi 
Terpancarlah cahaya Aidilfitri yang ku nanti 
Bersama semua gembira hilangkanlah duka 

(Hazama) 
Hari yang ku nanti telah menjelang kini 
Bermaaf maafan kekalkanlah Silaturrahim 
Buat ayah dan bonda ampunkanlah tiap dosa 
Buat teman hiburkanlah hati semua 

(Adira) 
Jauh dan dekat semua pulang ke desa 
Saling kunjung mengunjungi 
Berpakaian serba baru 
Sungguh bergaya… 

(Adira & Hazama,Dina) 
Tapi jangan dilupakan 
Mereka yang kekurangan 
Semoga hari raya kan bermakna 

(Dina) 
Hari yang ku nanti telah menjelang kini 
Tua dan muda miskin dan kaya tiada bezanya 
Sebulan berpuasa syawal pun telah menjelma 
Ucapkanlah kesyukuran pada yang Esa

Labels: ,