TIKET BAS BALIK KAMPUNG? XPERLU BERATUR LAGI!!

Saban tahun kebanyakan pengguna berdepan dengan masalah yang serupa seperti sukar untuk mendapat tiket untuk pulang beraya, perlu beratur panjang di kaunter malah, lebih menyedihkan ada yang ditipu ‘ulat tiket’ kerana terdesak mendapatkan tiket.
Senario itu tentu sekali dapat dielak apabila menggunakan sistem pembelian eticketing.my melalui alam maya yang dibangunkan oleh anak syarikat Energetic Point Sdn. Bhd., iaitu E-Transact Technology Sdn. Bhd.
Penggunaan sistem eticketing.my itu dapat membantu pengguna mengetahui dengan mudah sekiranya terdapat tiket diingini untuk pulang ke kampung halaman masing-masing dengan hanya menekan satu klik sahaja. Pengarah Urusan E-Transact Technology Sdn. Bhd., Shahizam Ibrahim, berkata, sehingga kini sudah terdapat 30 operator bas ekspres yang menggunakan sistem yang dibangunkan syarikat berkenaan.
“Kalau pengguna memasuki laman web kami, mereka boleh memilih daripada 15 operator bas ekspres yang menawarkan tiket perjalanan pulang ke kampung halaman.
“Menariknya tentang sistem eticketing.my ini, pengguna tidak perlu lagi beratur panjang untuk memiliki tiket bas ekspres mereka tetapi, hanya perlu mendaftar dan membuat pembelian,” katanya ketika ditemui Kosmo!.
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai operator-operator bas ekspres yang terlibat dalam sistem eticketing.my. boleh melayari laman web www.eticketing.my.
Baca selanjutnya di KOSMO

Mommy: ada baby ticik itu, susah sket la klu mau naik bas. Maunya dia berak, nk kena benti bnyk kali ke, kan ssh? ehehehe...

Labels: ,