TRAGEDI MERCUN PERTAMA 2011

Yeah! Tragedi Mercun! Jgn slh faham. Bukan Mommy seronok tgk budak yang sakit nih. Tapi, Mommy dah agak, mesti akan kua cte psl tragedi mercun time2 bln puasa nih. Tahniah METRO.

X sonok tau main mercun. Ngeri lg ada. Even bunga api, kalau salah main pn, leh jd bahaya jugak..
KOTA BHARU: Tindakan seorang remaja menyalakan mercun bola ketika membonceng motosikal membawa padah, apabila tiga jari tangan kirinya hancur dan cedera di muka selepas mercun itu meletup sebelum sempat dilempar dalam kejadian di Kampung Dewan Beta, dekat sini, malam kelmarin.
Akibat kejadian itu, Nasrudin Mohd Nazli, 19, dipercayai menjadi mangsa pertama mercun yang cedera parah di negara ini dan kini terpaksa ‘berpuasa’ di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) di sini.
Menurut Nasrudin, kejadian berlaku kira-kira jam 10 malam ketika dia dalam perjalanan membonceng motosikal rakannya berjumpa beberapa rakan di kampung berkenaan untuk bermain mercun.“Dalam perjalanan, saya menyalakan mercun bola tetapi tidak sempat melemparnya menyebabkan ia meletup di tangan kiri dan serpihan mercun turut terkena muka.“Dalam keadaan tangan dan muka berlumuran darah, rakan yang menunggang motosikal bersama saya menghantar saya ke Klinik Kesihatan Lundang Paku, bagi mendapat rawatan lanjut sebelum dirujuk ke HRPZ II. Rakan saya itu turut terkena serpihan mercun, tetapi hanya cedera sedikit,” katanya ketika ditemui di wad HRPZII, semalam.Nasrudin berkata, mercun bola itu dibeli di Rantau Panjang beberapa hari lalu dan merancang bermain mercun itu malam kelmarin di sekitar kampung.Katanya, sebelum ini dia mendakwa tidak pernah menyalakan mercun ketika membonceng motosikal dan mengakui melakukan kesilapan.
PADAH...Nasrudin kehilangan tiga jari tangan kiri akibat bermain mercun bola.
Mesti keluar berita hari2 pasal  tragedi mercun. Yang peliknya, nape sentiasa berlaku? Kanak2.. Yg masih kecil, mungkin xtau nak baca surat khabar. Mak Bapak, tolong la bacakan. Hmm.. Mmg sng nk kata, mak bapak, pegi pantau anak anda main mercun! tp, kalau dh anak tu main jauh dr mata kita, cmne?
Wahai pihak berkenaan, sila la pantau mercun2 yang dijual di bazar ramadhan. Xkn xde polis lgsg kt kwsn tu nk bli mknn kan? Tgk n jgn wt xtau. Better cegah dr merana.

Labels: ,