Mommy buat meal nih for da 1st time pada 16 September 2011. Lama dah. Ini baru teringat nak hapdet. Heee..
Ini la berkat join group
Homemade Solid Food for Your Baby kat fb. Nak join? Klik
SINI.
Serius! Bagi yang dah lama folo blog Mommy, mungkin perasan yang Mommy x pernah borak pasal masakan. Ye la. Mommy mana pandai masak sangat. Sampai la dah ada anak. Berkat inspirasi kawan2, ibu2 pasal masakan, Mommy ada buat entry pasal masakan Baby lately. Klik
BREAKFAST FOR BABY dan
BRUNEC MEAL. Ini kira makanan yang lain la dari yang Mommy selalu masak.
Ikutkan tarikh Mommy start masak solid food pada 9 July 2011 i.e. masa HD berumur 374 hari.. Haaa.. Hari tu!! Maksudnya, HD lebey kurang 10 bulan la time tu. Itu la pertama kali Mommy masak bubur sendiri yang mana sebelum ini hanya Cerelec & Farley Rusks yang menjadi santapan anakku, Hannah Damia.
Mommy juz buat bubur carrot n kentang. Then blend. Tapi by end of the month dah x makan halus sgt. Mommy buat tekstur kasar sket.
Dan makin lama makin kasar. Heee
Selepas bosan dgn menu carrot & kentang, barulah Mommy join group
HSFfYB, dan Mommy paling tertarik nak buat sup bening nih. Tq Kak Farah Rahim selaku admin group ini. Without her & other Mommies, macam susah je Mommy nak motivate diri utk masak nih.. Heeee
Cara2 membuat Sup Bening ini Mommy copy paste dari blog
KAK FARAH RAHIM. Mommy muatkan di dalam blog ini untuk panduan Mommy sendiri sebab Mommy pernah masak sekali.
Mari lihat tulisannya...
Masakan Bening atau Masak Rebusan Air merupakan pilihan yang sihat lagi berkhasiat buat anak-anak kita terutama sekali bagi anak-anak di bawah umur 1 tahun.
Setelah anak-anak meningkat ke umur 8 bulan ke atas dan telah bersedia ke peringkat semi pepejal, anda bolehlah perkenalkan makanan tersebut tanpa perlu di puri dan ditapis. So I call this makanan graduate selepas puri
Cara memasak
Rebuskan air sebanyak separuh periuk bersaiz kecil (dalam 4 cawan air)
Jika ingin menggunakan ikan bilis, rendam semalaman. Kalau mahu menggunakan ayam atau daging, guna isi sahaja dan buang lemak dan kulit dan tulang.
Setelah air mendidih masukkan ikan bilis atau ayam atau daging bersama2 hirisan seulas bawang putih dan sedikit bawang besar jika mahu (takperlu banyak hanya utk tambah rasa sahaja)
*ikan bilis, ayam dan daging harus diberi mengikut kesesuaian peringkat umur iaitu 8 bulan ke atas
Selepas mendidih untuk seketika ini dinamakan STOK atau air rebusan sup yang boleh anda campur dengan macam2 sayur2an yang dipotong dadu seperti kentang, lobak putih, keledek, labu atau carrot, yang dihiris halus seperti sawi atau broccoli. Juga boleh tambahkan SOFT TOFU setelah SEMUA SAYUR MASAK.
PENTING : untuk menjaga kadar nutrisi sayur2an tersebut sayur yang keras dahulu baru masukkan sayur yang lembut (berdaun hijau)
Secara peribadi saya rasa jika anak2 sudah 8 bulan ke atas ini sangat sesuai sebagai menu harian dan anak2 tidak akan lagi makan-makanan puri kerana sudah melepasi "4 day wait rule" bagi setiap bahan2 yang digunakan.
Pastikan sayur2 keras seperti carrot contohnya mudah di kunyah dengan gusi. Pastikan ayam juga empuk dan dipotong dadu mengikut kesesuaian.
Cara penyediaan bersama bubur nasi - gabungkan nasi dan masak bening sedikit demi sedikit dan dilenyek sebelum diberi pada bayi. Boleh selang-selikan dengan memberi sup pada bayi.
Mommy bertungkus lumus tiru sebijik sebuntat cara2 memasak seperti di atas. Almaklumla, takut hasil jadi lain kan? Namun, hasilnya.. Jeng Jeng..
|
Ok la kan? Hehehehe |
|
Masuk bekas |
|
Dia makan.. Nyum Nyum |
|
Dan lagi.. nyummmmmm |
Tapi sikit je sbb 1st time. Terkejut kot. Hehehehehe
Kalian yang teringin masak seperti2 ini, boleh lawat blog yang gorjes mojes nih kat
SINI. Pasti x menyesal.
Ok bye!
Labels: BABY, FOOD, HEALTH, INFO, KITCHEN, MEAL FOR HD, PHOTO, RECIPE, SOLID FOOD