MUZIK & ANAK KITA

Muzik adalah salah satu cara yang baik untuk membantu anak anda belajar dan mencurahkan perasaan kepada dunia. Jadi, mari kita tanamkan minat cinta muzik dalam diri anak anda.

Berapa ramaikah antara kita yang mampu melupakan lirik ’Rasa Sayang Eh’? Gurindam dan lagu yang dipelajari ketika berada di tadika amat sukar dilupakan. Itulah kehebatan muzik. Dan kerana itulah Barney & Friends, Sesame Street dan High 5 begitu popular di kalangan kanak-kanak: nada yang menarik dan lirik yang mudah diingati menjadikan muzik sebagai pendidikan yang terbaik! Di sini diterangkan bagaimana anda boleh membawa muzik menjadi sebahagian daripada hidup anak anda:

Muzik membantu perkembangan pertuturan anak anda. 

Dengan mengulangi beberapa lagu yang mudah, anda dapat membantu anak anda mempelajari asas pertuturan dan membina perbendaharaan kata. Lagu ABC, sebagai contoh, kelihatan mudah tetapi akan mengajar anak anda mengingati 26 abjad yang berbeza dengan mudah.

Tip: Nyanyi lagu-lagu dengan nama haiwan, tumbuh-tumbuhan dan objek-objek lain dengan anak anda. Rakam nyanyian anak anda dan kemudian, dengarkan kembali rakaman itu.

Muzik menggalakkan pernyataan kendiri.

Pada peringkat umur yang muda, di saat kanak-kanak tidak mampu untuk meluahkan perasaan mereka melalui kata-kata, muzik membenarkan mereka meneroka pelbagai perasaan.

Tip: Nyanyi lagu-lagu yang menggambarkan pelbagai emosi seperti kebahagiaan, kesedihan, keresahan dan keinginan bersama pergerakan tangan. Anda juga boleh menggunakan boneka dan alat-alat permainan untuk meluahkan perasaan-perasaan ini.

Muzik membantu kanak-kanak mempelajari nombor. 

Kanak-kanak yang tahu muzik dan rentak lagu dapat mempelajari nombor dengan lebih baik dan cepat daripada kanak-kanak yang lain.

Tip: Nyanyi lagu-lagu dengan nombor seperti ‘Sepuluh Budak Hitam’, dan iringi lagu itu dengan pergerakan tangan yang mencerminkan nombor-nombor tersebut.

Muzik meningkatkan kemahiran sosial.

Kanak-kanak yang menyertai kumpulan muzik kanak-kanak atau menyanyi di tadika akan menggalakkan mereka untuk belajar bekerjasama dan bergembira bersama rakan-rakan sebaya. Ini juga dapat membantu mereka membina kemahiran sosial yang lebih baik.

Tip: Galakkan anak anda untuk menyanyi dan bermain muzik bersama-sama. Galakkan mereka untuk menyertai acara nyanyian dan tarian yang memerlukan mereka berinteraksi.

Muzik membina keyakinan diri. 

Galakkan anak anda mengambil bahagian dalam muzik – sama ada dengan kehadiran penonton atau tidak. Ini akan meningkatkan keyakinan diri mereka dan menggalakkan mereka belajar serta menerima cabaran baru.

Tip: Beri perhatian kepada anak anda apabila dia menyanyi atau bermain muzik. Puji anak anda, tepuk tangan sepanjang nyanyian dan bertepuk tangan dengan penuh minat apabila dia mengakhiri persembahannya.

JADIKAN MUZIK SEBAHAGIAN DARIPADA KEHIDUPAN ANAK ANDA
PENGALAMAN

My lil HD sukakan muzik. Beliau didedahkan dengan muzik sejak dari dalam perut lagi coz her Mommy & Daddy suka sangat laaaaaaa nyanyi kuat2 dalam kete. Hehehehehe.. Ketika HD berada di Nursery, her teacher selalu pasangkan lagu Barney - Love Song. Lagu ini boleh dikatakan lagu berhantu & akhirnya HD sudah bijak memegang handphone sendiri. Ye.. Lagu itu datang dari handphone teachernya. Disebabkan minatnya terhadap lagu ini & juga sebarang lagu lain, Mommy berjaya merakam pelbagai gelagatnya samada mendengar lagu Barney tersebut atau lagu dari TV.

Silakan lihat telatahnya ketika 1 tahun 1 bulan.. ;p

OST Cinta Elyssa - Kisah Dongeng
Barney Song -Love Song
Lagu Malique & Jamal Abdillah
Barney song.. hahaha..siap jalan dengan lutut!

Labels: , , , , ,