PERLU KE ANAKKU MAKAN SUPPLEMEN?

Ramai ibu bapa telah memasukkan suplemen ke dalam diet anak-anak mereka kerana kurang memahami keperluan pemakanan anak mereka. Ini digandingkan pula dengan pengaruh strategi pemasaran agresif untuk produk suplemen.

Satu tinjau selidik yang dijalankan semasa Bulan Pemakanan Sihat Malaysia 2009 baru-baru ini menunjukkan bahawa majoriti ibu bapa menganggap suplemen boleh menggantikan buah-buahan dan sayuran yang tidak dimakan oleh si manja mereka. Ini bermakna 74 peratus ibu bapa berpendapat bahawa suplemen sudah mencukupi untuk membekalkan nutrien yang anak mereka perlukan kerana ia setanding dengan khasiat makanan yang kita makan. Adakah ini benar?

Siapa yang memerlukan suplementasi?

Dalam sesetengah situasi, suplemen sebagai tambahan kepada diet yang pelbagai akan dapat memanfaatkan kanak-kanak. Ini kerana keunikan biologi atau keadaan perubatan seseorang kanak-kanak itu menyebabkan peningkatan keperluan untuk nutrien tertentu. Namun demikian, dapatkanlah nasihat daripada pakar pemakanan, pakar diet atau doktor bagi mengetahui jenis suplemen yang diperlukan, jumlah yang perlu diambil dan selama mana ia perlu diambil sebelum mula memberinya sebarang suplemen.


[Oleh Dr Tee E Siong, Pakar Pemakanan]

Labels: , , , , , , ,