Perbincangan mengenai HERNIA [dalam istilah perubatan] atau ANGIN PASANG [istilah biasa kita sebut] kepada BAYI, memang menarik perhatian Mommy. [discussion dalam group HSFFYB]
Buat ibu2 yang pernah alami perkara ini, diharap TARIK NAFAS, BERTENANG & JANGAN GELABAH.
Penyakit2 yang bayi kita alami itu adalah dugaan yang Allah beri untuk uji tahap ketabahan kita sebagai ibu bapa & ingin uji bagaimana cara kita berikhtiar.
Jom dalami serba sedikit yang dapat Mommy rumuskan.
Hernia boleh berlaku kepada lelaki atau perempuan tetapi hakikatnya lebih ramai lelaki yang menghadapi Hernia tidak kiralah pada bayi, dewasa atau orang tua.
Bagaimana terjadi?
- Perasaan tidak selesa seperti ada benjolan sebesar telur puyuh di celah kelangkang dan sering tumbuh semasa batuk, bersin, berjalan,berlari atau melakukan aktiviti berat.
- Namun, ia tidak kelihatan apabila anda berbaring atau terjaga dari tidur.
- Hernia selalunya berlaku apabila terdapat benjolan atau bengkak yang keluar dari abdomen.
- Di mana, hernia merupakan satu lubang atau kelemahan otot pada bahagian badan mengakibatkan kandungan dalaman badan akan menonjol keluar.
- Umumnya, hernia merupakan gangguan kesihatan yang yang terjadi pada individu yang lanjut usia, namun ada juga bayi lelaki atau kanak-kanak yang mengalaminya.
- Hernia bukanlah penyakit turunan. Proses terjadinya Hernia pada bayi berbeza dengan Hernia pada orang dewasa yang biasanya terjadi kerana kelemahan otot dinding perut. Bagi orang dewasa, Hernia terjadi karena dua faktor utama.
- Pertama, adanya otot dinding rongga, misalnya perut, yang lemah.
- Kedua, dorongan yang menyebabkan tekanan di dalam rongga perut meningkat. Biasanya, Hernia pada orang dewasa terjadi pada usia lanjut, kerana pada usia tersebut, otot dinding rongga perut melemah.
- Sejajar dengan bertambahnya umur, organ dan jaringan tubuh mengalami proses degenerasi. Bagi wanita, kegemukan juga dapat memungkinkan timbulnya daerah yang lemah. Keadaan-keadaan itu, jika ditambah dengan faktor kedua tadi, dapat mengakibatkan usus terdorong ke dalam "daerah perbatasan" yang lemah tersebut dan menonjol ke luar.
Simptom Pada Bayi & Kanak-kanak
- Semasa dalam janin, testis atau zakar terletak di belakang iaitu berhampiran dengan buah pinggang. Apabila fetus membesar, secara tidak lansung, ia akan turun dari rongga perut menuju ke skrotum (kantung kemaluan).
- Manakala dinding rongga yang lemah itu akan membentuk satu kantung dengan pintu berupa cincin.
- Gangguan ini sering terjadi di bahagian perut dengan isi yang keluar dari bahagian usus.
- Akibatnya, yang mengalami hernia sering menangis, muntah-muntah dan bagi kanak-kanak pula kelihatan resah gelisah, menangis dan diiringi dengan benjolan tenggelam timbul yang berlaku pada bahagian pusat.
Jenis2 hernia kepada bayi
- DALAMAN (internal)
- Internal bermaksud hernia yang berada di dalam tubuh dan tidak boleh dilihat secara mata kasar.
- Contoh bagi hernia jenis ini ialah diafragmatic hernia yang terjadi apabila terdapatnya celah di diafragmatik (otot pemisah antara bahagian perut dengan dada). Ini berlaku kerana pembentukan diafragma yang tidak sempurna.
- Apabila hernia ini terjadi kepada bayi, doktor boleh mengesannya apabila melihat kesan yang amat ketara pada pernafasan selepas lahir.
- LUARAN (external)
- Sementara, external lebih mudah dikesan kerana dapat dilihat dari luar.
- Jenis yang sering ditemui ialah hernia inquinal yang muncul di lipatan paha dan umbilical hernia yang muncul di kawasan pusat.
|
hernia inquinal yang muncul di lipatan paha [source of pic]info: For this reason, your doctor is likely to recommend surgical repair of an inguinal hernia that's painful or becoming larger. Inguinal hernia repair is a common surgical procedure. -click here for more |
|
umbilical hernia yang muncul di kawasan pusat [source of pic]
info: Some basic questions to ask doc regarding this umbilical hernia -click here |
- Bayi umumnya mengalami external hernia yang boleh dilihat dengan mata kasar.
- Hernia umbilical berlaku apabila kandungan isi usus membentuk satu bonjolan di kawasan pusat di mana ada kelemahan sokongan di dinding perut.
- Biasanya penyakit ini menyerang bayi baru lahir. Ia disebabkan oleh salur darah Umbilical yang membekal makanan untuk fetus membesar di dalam rahim tertutup dan tidak sempurna.
- Kadar Hernia Umbilical pada bayi baru lahir adalah sebanyak 20 peratus dan pada kebiasaannya tidak terbabit dengan penyakit lain.
- Jika bayi pra-matang, risikonya lebih tinggi. Hernia jenis ini biasanya kelihatan seperti bonjolan kecil pada bawah kulit pusat yang tertonjol keluar apabila perut bayi ditekan atau ketika bayi menangis
- Ia bergantung pada saiz, ada sekecil 1 cm dan ada yang melebihi 5 cm.
- Jika bayi terlalu kecil, kita tunggu sehingga umurnya mencecah tiga hingga empat tahun untuk buat pembedahan.
- Dalam pada itu, ibu bapa perlu memberi perhatian yang lebih lagi kepada bayi mereka supaya bayi tidak selalu menangis atau sukar membuang air besar kerana kedua aktiviti seperti menangis dan meneran hanya akan memberi lebih tekanan kepada hernia tersebut.
- Hernia bersaiz kecil berukuran lebih kurang 1 sentimeter (cm) pada bayi biasanya akan tertutup sendiri tanpa perlu rawatan pada usia tidak lebih empat tahun.
- Hernia jenis Umbilical, kebiasaannya tidak mendatangkan masalah atau kesakitan tetapi kadangkala ia boleh menyebabkan kesakitan, terutama jika saiznya besar.
Rawatan
- Hernia yang terjadi kepada orang dewasa seeloknya boleh ditangani seawal yang mungkin. Tetapi, jika dibiarkan ia boleh bertambah parah dan juga membawa maut.
- Antara faktor-faktor yang menyebabkan mereka lambat untuk mendapatkan rawatan kerana takut untuk berjumpa dengan doctor, menganggap masalah ini tidak menggangu dan tidak hilang fungsi sebagai orang lelaki.
- Namun, sesetengahnya lebih senang mengambil jalan dengan cara mengurut. Ingat, mengurut tidak dapat menyelesaikan masalah, malahan akan memudaratkan dan menjadi lebih sukar apabila pembedahan dilakukan.
- Terdapat dua kaedah pembedahan untuk merawat hernia. Untuk bersaiz kecil di bawah 5 cm, torehan kecil dibuat di bawah pusat manakala kawasan hernia dibuang dan ditutup dengan beberapa jahitan benang yang tidak reput.
- Bagi hernia bersaiz besar, jaringan diperlukan dan ia akan diletak di bawah kawasan lubang hernia sebelum ditutup dengan jahitan. Pesakit dibius keseluruhan dan proses pemulihan berlaku dengan cepat, membolehkan melakukan aktiviti normal selepas dua minggu.
- Selain pembedahan konvensional, kini terdapat terapi yang tidak invasif tanpa memerlukan torehan yang besar iaitu menggunakan teknik laparoskopik. Sebanyak tiga torehan kecil sepanjang antara 5 hingga 10 mm dilakukan.
- Rawatan ini memerlukan kepakaran yang amat tinggi bagi memungkinkan penyembuhan yang lebih cepat. Paling penting, risiko hernia berulang adalah amat rendah menggunakan pembedahan laparoskopik berbanding pembedahan konvensional.
- Kelebihan pembedahan laparoskopik ialah pesakit mengalami kesakitan yang amat kurang dan risiko jangkitan kuman juga rendah
Tips pencegahan untuk anak2
- Makan buah-buahan, sayur-sayuran dan makanan yang diperbuat dari beras atau gandum, mengandungi banyak serat untuk menghindari dari masalah sembelit atau meneran.
- Segera berjumpa dengan doctor apabila mengalami batuk yang berpanjangan atau bersin yang berterusan.
- ibu bapa perlu memberi perhatian yang lebih lagi kepada bayi mereka supaya bayi tidak selalu menangis atau sukar membuang air besar kerana kedua aktiviti seperti menangis dan meneran hanya akan memberi lebih tekanan kepada hernia tersebut.
Tahap-tahap Hernia- Reponible:
- Benjolan di daerah lipat paha atau umbilikus tampak keluar masuk (kadang-kadang terlihat menonjol, kadang-kadang tidak). Benjolan ini membezakan Hernia dari tumor yang umumnya tidak berubah-ubah. Ini adalah tanda yang paling sederhana dan ringan yang boleh dilihat dari External Hernia.
- Irreponible:
- Benjolan yang ada tidak bergerak atau berada dalam satu kedudukan sahaja, baik di lipat paha maupun di daerah pusat. Pada Inguinal Hernia misalnya, air, usus atau omentum (penggantungan usus) masuk ke dalam rongga yang terbuka kemudian tersepit dan tidak boleh keluar lagi.
- Incarcerata:
- Pada peringkat ini, sumbatan pada saluran makanan sudah terjadi di bahagian benjolan.
- Strangulata:
- Hernia pada peringkat ini dilihat berada di dalam situasi parah dengan pembuluh darah yang sudah tersepit. Selain benjolan dan gejala-gelaja seperti mual dan muntah, tidak lalu makan, perut kembung dan tidak boleh buang air besar, gejala lain juga muncul, seperti demam dan dehidrasi. Jika tidak diambil langkah sewajarnya, pembuluh darah di daerah tersebut akan mati dan akan terjadi penimbunan racun yang kemudian akan menyebar ke pembuluh darah. Akibatnya, terjadi sepsis iaitu kuman dan toksin berkumpul di dalam darah sekaligus mengancam nyawa.
Mommy campur aduk info di atas nih dari pelbagai sumber. Kebanyakannya info lebih kurang sama. Harap memberi manfaat & sedikit pemahaman mengenai Hernia kepada bayi
INFO, CONTOH PEMBEDAHAN & RISIKO2 - baca!
INFO UNTUK ORANG DEWASA - HIATAL HERNIA - CLICK HERE Labels: ANGIN PASANG, BABY, HEALTH, HERNIA, INFO, PHOTO