Tip penting semasa merawat anak demam:
-Mencari penyebab demam dan perhatikan perilaku anak. Jika perilaku anak hampir sama seperti biasa, maka anda tidak perlu risau kerana demam biasa adalah tidak berbahaya.
-Cegah dehidrasi kekeringan cecair dalam badan. Bayi dan kanak-kanak berisiko mengalami dehidrasi.
-Berikan anak lebih banyak cecair seperti air, kuah sup, jus buah segar yang dicampur air dan sebagainya.
-Jika anak muntah atau cirit-birit, berikan minuman garam oral bagi menggantikan cecair yang telah keluar daripada badan. [
Ketahui pasal rotavirus di sini]
-Pastikan bilik anak tidak panas. Pasang kipas atau pendingin hawa dan pakaikan anak baju nipis. [Oh ya, klu kt hospital, dorg memang marah kalau kita tutup aircond. Mommy tutup sebab x tahan sejuk wpon suhu rendah. hahaha]
-Beri anak makan apa yang diingininya. Jangan dipaksa. Elakkan makanan berlemak kerana makanan ini sukar dihadamkan oleh tubuh.
-Walaupun sebaiknya anak tidak ke sekolah kerana bimbang berjangkit dengan kanak-kanak lain, namun ini bukan bermakna anak harus berada di tempat tidur seharian.
-Ibu bapa harus berjumpa doktor apabila bayi mereka yang berusia tiga bulan mempunyai suhu melebihi 38 darjah Celsius, tiga hingga enam bulan dengan suhu lebih 38.3 darjah Celsius, lebih enam bulan dengan suhu melebihi 40 darjah Celsius.
-Berbincang dengan doktor jika terdapat tanda-tanda tidak mahu minum atau terdapat tanda dehidrasi, gelisah, muntah atau cirit-birit. [
baca pengalaman HD masa demam teruk & cirit birit di sini]
-Anak nampak tidak selesa, gelisah atau asyik menangis.
-Asyik tidur dan sukar dikejutkan.
-Sering kejang, kaku atau sakit kepala yang teruk.
Amalan orang tua2 [petua]
Petua 1: Bancuhkan asam jawa dengan sedikit air. (Lebih pekat, lebih baik.) Kemudian, sapukan ke semua bahagian kepala dan pelipat-pelipat anggota badan.
Petua 2: Anda juga boleh menyapukan lendir daun lidah buaya ke bahagian kepala dan pelipat-pelipat anggota badan anak.
Petua 3: Anda juga boleh gunakan beberapa ulas bawang merah, hiris halus dan campurkan dengan perahan air limau nipis dan sedikit air suam. Kemudian, sapu ke kepala anak sehingga rata. Panasnya akan berkurangan.
Mommy's style
1. Check suhu setiap setengah jam dengan ear termometer. Mommy guna brand Little Bean.
Probe Covers
Nak masukkan probe covers tu, buka cap nih dulu
Taraaaaa..
Masukkan probe covers tu
Termometer nih leh simpan sehingga 9x suhu
Sesaje check suhu HD. Sihat!!
2. Mommy jeram kepala dengan air. Kadang2 Mommy guna asam jawa. Mak Mommy dulu2 pernah guna bunga raya atau beras yang mix dengan air untuk jeram/jelum kepala nih. Asal kering je, jeram lg..
3. Pelekat CoolFever di dahi [jangan kena kening coz dorg x selesa], n lekatkan juga di belakang badan. Kena ada sentiasa kt umah & bawa juga jika berjalan2/travel.
4. Mommy gunakan towel tangan untuk lap2 celah pelipat ketiak, etc. Tap2 saje. Kalau suhu x berapa tinggi, eloklah bagi mandi atau balut badan dengan kain basah.
5. Mommy xkan selimut atau pakaikan baju tebal. Ianya akan menambahkan lagi suhu menjadi tinggi. Pakai diapers saje pn ok time suhu tinggi tu.
6. Ubat demam diberikan [Mommy simpan paling lama pon 2 bulan paracetamol yang dari Klinik nih].
7. Air masak yang banyak & kerap!!!
8. Waktu kecemasan, Mommy masukkan Voren ke dalam bontot [suhu hampir 40]. Ini memang Mommy beli buat stok. Make sure, jarak diberikan adalah agak lama selepas bagi makan ubat demam yer! Kalau x berani, gi klinik, doc akan masukkan jugak in case tinggi sangat suhunya!
9. Sentiasa bertawakkal. Jangan putus asa. Jangan terlalu gelabah.
10. Prepare telefon di sisi dengan segala contact no yang penting. Suami, sedara, servis teksi, jiran, kengkawan terdekat, ambulans terdekat. Bercakap perihal ambulans, mengikut pengalaman, mereka hanya melayan jika panggilan anda memang betul2 meyakinkan & serius. Mereka akan tanya macam2 & perlu konfiden dalam setiap jawapan anda. Yakinkan mereka!!
11. Sentiasa berbincang dengan pasangan anda tentang PLAN KECEMASAN KETIKA ANAK SAKIT. Pasangan perlu faham & bertindak sewajarnya. Nyawa anak tiada galang gantinya!
************************