DRAMA BUKAN UNTUKMU.. MEMANG BES GILER!!


Sekarang nih dah masuk Episod 7 dah.. Hehehehe.. Bes sangat cite nih..

Sinopsis
Iskandar dan Nadia merupakan pasangan yang telah berkahwin selama 10 tahun. Mereka hidup bahagia dan telah dikurniakan 2 orang cahaya mata. Iskandar seorang suami yang memiliki ciri-ciri idaman seorang suami yang sempurna bagi seorang wanita. Nadia bersyukur kerana diberikan pasangan hidup yang baik dan memiliki keluarga yang bahagia.
Namun di sebalik itu, terdapat satu kelemahan Iskandar yang sukar diterima Nadia, suaminya bukanlah conton terbaik buat anak-anak mereka dalam bab-bab agama. Kerap kali Nadia mengajak Iskandar menjadi Imam dan solat bersama anak-anak namun Iskandar mengendahkan sahaja. Disebabkan itu, Nadia seringkali merajuk dan mendiamkan diri dengan Iskandar.
Nadia sering mengadu akan hal ini kepada rakan sekerjanya dan berharap suatu hari nanti Iskandar betul-betul berubah namun malang sekali harapannya punah sewaktu menyambut ulangtahun anak perempuannya apabila Iskandar melafazkan cerai dengan talak lima sewaktu berlakon di depan ibu bapa mereka berdua serta rakan sekerja Nadia.
Akibat sikap acuh tak acuh Iskandar, masjid yang telah dibina selama 10tahun akhirnya runtuh sekelip mata dan adakah kebahagiaan yang diimpikan Nadia dapat dikecapi buat selamanya? Saksikan Memey Suhaiza dan Ako Mustapha dalam Bukan Untukmu setiap Isnin dan Selasa jam 8.30 malam di slot Ratu.

Lirik Lagu Tema OST "Bukan Untukmu" - Di Penghujungnya (Iqa Mentor)
Bila setiap tutur kata yang kita ucapkan
Lebih menyakitkan sayang
Tiada akhirnya bertengkar dalam kecewa

Mungkin perasaan cinta yang dulu dibangga
Kini sudah hilang sayang
Janganlah cuba memaksa hati yang tawar

Tak guna lagi
Engkau dan aku
Berpura pura masih bersatu
Sedangkan dua
Muka bertentangan
Suatu penyeksaan

Tak guna lagi
Untuk ku terus
Berpaut janji
Yang telah lupus
Perjalanan kita
Mungkin sudah tiba

Di penghujungnya

Mungkin perasaan cinta yang dulu dibangga
Kini sudah hilang, sayangg
Janganlah cuba memaksa hati yang tawar

Ku doakanmu dapat ketemu seorang insan yang lebih baik dariku
Doakan aku dapat ketemu cinta yang lain untuk menemani hidup

Tak guna lagi
Engkau dan aku
Berpura pura masih bersatu
Sedangkan dua
Muka bertentangan
Suatu penyeksaan 

Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

Labels: , ,