HAID BERLEBIHAN

WANITA Malaysia yang terpaksa mengehadkan aktiviti biasa mereka akibat aliran haid yang berlebihan atau kerap, kini dapat menikmati kebebasan baharu untuk menjalankan rutin harian sewaktu ‘datang bulan’ dengan pelancaran produk Qlaira daripada Bayer Health Care baru-baru ini.
Qlaira adalah terapi oral pertama dan tunggal yang diluluskan di Malaysia untuk merawat pendarahan haid yang berlebihan, dengan tambahan faedah kontraseptif atau pencegah kehamilan.

Ia mempunyai kombinasi unik estradiol iaitu hormon estrogen yang sama seperti yang dihasilkan di dalam tubuh wanita dan dienogest, progestin dengan tumpuan kesan endrometrial.

Direka khas supaya harmoni dengan tubuh wanita, Qlaira disampaikan melalui dos dinamik yang inovatif yang meniru kitaran hormon wanita semula jadi.

Keadaan ini sekali gus memberikan kawalan pendarahan haid yang optimum kepada wanita.

Jejas kehidupan harian
Dalam satu tinjauan global mendapati bahawa lebih daripada satu dalam tiga orang wanita mengalami kitaran haid yang lebih daripada kadar purata. Lebih menyedihkan, walaupun aktiviti harian sebanyak 80 peratus daripada wanita itu terjejas, 35 peratus daripada mereka tidak mendapat bantuan perubatan.

Tinjauan yang sama juga mendedahkan bahawa sebanyak tiga daripada empat wanita yang didiagnosis dengan pendarahan haid yang berlebihan (76 peratus) menyatakan bahawa keadaan ini menjejaskan kehidupan dan aktiviti harian mereka. Sebanyak 82 peratus menjejaskan hubungan dengan pasangan dan 83 peratus menjejaskan kebolehan mereka untuk menyertai aktiviti sosial.

Menurut Pakar Obstetrik dan Ginekologi Pusat Perubatan Gleanegles Pulau Pinang, Dr. Suresh Kumarasamy, ramai wanita yang mengalami pendarahan haid yang berlebihan sehingga ia mengganggu aktiviti harian, pekerjaan dan juga keyakinan diri.

“Tetapi kebanyakan wanita ini menanggung masalah ini dengan senyap kerana mereka tidak menyedari perbezaan antara aliran haid biasa dan kehilangan darah haid berlebihan, bahkan tidak tahu bahawa penyakit itu boleh dirawat.

“Satu-satunya cara untuk membantu wanita mengenal pasti keadaan ini adalah jika mereka perlu menggunakan lebih tuala wanita atau tampon setiap jam selama beberapa jam berterusan. Selain itu, tidur mereka terganggu kerana perlu menukar perlindungan haid pada waktu malam,” jelas Suresh.

Pendarahan haid yang berlebihan akan memberi tekanan kepada mereka kerana sentiasa bimbang tentang kebocoran dan kejadian tidak diingini.

Lantaran itu, ia memerlukan mereka membawa pakaian dalam dan baju lebihan sekiranya mengalami kebocoran. Malah, ada juga yang terpaksa menggunakan pelbagai produk sanitari dengan serentak.

Disebabkan masalah itu, ada wanita yang tidak mahu menyertai acara sosial, mengatur acara menurut kitaran haid dan tidak duduk setempat untuk tempoh yang lama.

Pilihan rawatan biasa bagi pendarahan haid yang berlebihan adalah rawatan perubatan seperti pengambilan ubat tahan sakit, antipembekuan, hormon dan sistem intrauterine. Rawatan pembedahan pula termasuk melakukan pembersihan rahim (D&C), ablasi endrometrial dan pilihan terakhir pembedahan histerektomi iaitu membuang rahim.

Rawatan alternatif
Pakar Obstetrik dan Ginekologi Hospital Pantai Kuala Lumpur, Dr. Premitha Damodaran berkata, wanita yang mengalami pendarahan haid berlebihan kerap kali mengalami keletihan fizikal, penderitaan emosi dan enemik.

“Perkara ini tidak baik untuk kesihatan mereka dalam jangka masa panjang. Justeru, wanita yang mengalami masalah ini perlu mendapatkan rawatan yang sewajarnya dan tidak boleh hanya mendiamkan diri.

“Bagaimanapun pilihan rawatan bagi pendarahan haid berlebihan yang wujud pada masa ini adalah amat terhad. Rawatan pembedahan ialah invasif, melibatkan risiko tertentu dan mungkin perlu dilakukan semula atau juga tidak sesuai bagi semua wanita terutama mereka yang masih ingin mengekalkan kesuburan mereka.

“Estradiol valerate/dienogest merupakan pilihan rawatan semula jadi yang menarik bagi wanita yang ingin mengalami pendarahan haid singkat dan kurang alirannya,” beritahu Premitha.

Dengan pengambilan produk Qlaira, ia mampu mengurangkan pendarahan haid berlebihan secara ketara dalam pengeluaran pendarahan wanita yang pertama. Ia juga berkesan bagi mengurangkan kehilangan darah haid sebanyak 88 peratus hanya selepas enam bulan rawatan.

“Bukti klinikal mengesahkan ia bukan sahaja mengurangkan kehilangan darah haid dengan cepat, ketara dan berterusan, tetapi juga mengandungi profil pendarahan yang baik.

“Terapi ini berpotensi mengubah bagaimana masalah ini boleh dirawat dan ditangani. Malah, lebih mustahak lagi ia membawa perubahan yang amat diperlukan bagi berjuta wanita di seluruh dunia,” jelas Pakar Obstetrik & Ginekologi, Hospital Universiti Sahlgrenska di Gothenburg, Sweden, Profesor Dr. Ian Milsom.

Dalam pada itu, Pengurus Besar Bayer HealthCare di Malaysia, Singapura dan Brunei, Dr. Axel Bouchon berkata, Bayer telah memberi tumpuan kepada usaha memperbaiki kehidupan wanita dan menangani keperluan kesihatan mereka selama lebih daripada 50 tahun.

“Kami amat gembira kerana dapat menawarkan wanita di Malaysia dengan satu lagi inovasi terbaharu iaitu Qlaira, pilihan rawatan oral yang pertama bagi masalah pendarahan haid berlebihan,” ujar beliau. - kosmo

Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

Labels: , ,