PANDUAN PEMBERIAN MAKANAN BAYI DAN KANAK-KANAK KECIL

Prinsip Pemberian Makanan
  1. Amalkan penyusuan susu ibu secara eksklusif dari lahir hingga anak berusia enam bulan. Makanan pelengkap perlu diberi mulai umur enam bulan (180 hari) di samping meneruskan penyusuan susu ibu sehingga berumur dua tahun .
  2. Mulakan pemberian makanan pelengkap kepada bayi yang menyusu susu ibu atau rumusan bayi apabila berusia enam bulan. Penyusuan susu ibu mengikut kehendak bayi perlu diteruskan sehingga bayi berumur dua tahun.
  3. Beri makanan yang mencukupi bagi memenuhi keperluan tenaga. Tingkatkan amaun makanan mengikut umur.
  4. Beri pelbagai jenis makanan untuk memastikan semua keperluan nutrien dipenuhi. Daging, ayam, ikan, telur, susu dan produk tenusu perlu diberi dengan kerap.
  5. Ubah tekstur serta cara penyediaan makanan secara beransur-ansur mengikut umur bayi dan disesuaikan dengan perkembangan serta keupayaannya.
    (Bayi berumur 6 hingga 8 bulan mesti diberi makanan yang dipuri, dilecek atau makanan separa pepejal. Dalam lingkungan umur 9 hingga 11 bulan, bayi perlu diberi makanan yang dicincang atau dipotong kecil. Makanan jejari (finger food) seperti biskut lembut dan buah-buahan juga boleh diberi. Pada umur 12 bulan, kanak-kanak boleh makan makanan keluarga.)
  6. Tingkatkan kekerapan pemberian makanan mengikut umur.
  7. Amalkan pemberian makanan secara responsif dengan menggunakan prinsip penjagaan psikososial.
  8. Amalkan penyediaan, pengendalian dan penyimpanan makanan secara selamat.
  9. Semasa sakit, berikan bayi dan kanak-kanak lebih air dan cecair lain. Berikan hidangan yang kecil tetapi kerap.

    Untuk pembacaan sepenuhnya, dapatkan di sini.

Labels: , , , , , ,