OPEN HOUSE & BOBA-ING WITH BOBA 3G

Semalam adalah hari yang bes. Sebab?

1. Brunch ( Bekpes plus lunch) free
2. Gi Sogo & Daddy dukung HD pakai Boba (baby adik, kakak HD pinjam jap eh)
3. Shopping barang baby (hari ke 3 selepas shopping di IBEX KLCC on 12.8.2012 & Fabolous Mom on 25.8.2012). Kali nih bes sket sebab finally boleh beli baju2. Hihihi.. Masih kompius dgn saiz sbb dh ingat2 lupa. Hikhik.. Lepas dah banyak kali belek, baru la ingat yang saiz 12 ialah untuk Newborn. 14 utk umur 6 bulan ke atas. Tapi, Mommy amek je both size. Mana tau anak Mommy nih 'besar' sket dari kakak beliau ke.. hehehehe
4. Lepak kedai mamak sbb dah x tahan lapar kul 4 petang.
5. Gigih balik masak nasi & enjoy tgk HD & Daddy licin makan air tangan Mommy. Sonoknyaaaaaaaaaa!!!
6. Gigih kemas dapo, untuk persediaan majlis birthday HD lepas tu semput. Kihkih.. Semput pn xpe la. Asalkan hepi..

First open house ialah di rumah sahabat baikku ketika di UIA, Puan Iju. Ewah.. ye la.. Dah ada anak pun kita memasing kan? Hehehehe..
 
 Budak gebu tgh makan.. ;p

HD enjoy nasi lemak & telur. Lepas tu, kena kasi tepon sbb dh start wt aksi memacam. Malas nak kuakan tab sbb nanti dah jadi DJ counter lak dlm umah tu. Kuat bunyi. Dengan lagu Gangnam Style plak tu. Huhuhuu. Mommy juz makan mee goreng. Simpan perut utk next umah. Tapi, p tambah last minute sebab mee tu sedap. Achaner nih? Dah kenyang sgt.

Sebelum balik, sempat la snap kejap dgn cik Nuhaa yang gebusss tu..

Next station.. ewah.. Hehehe.. Destinasi makan2 dteruskan ke rumah opismate plak. Puan Ain.. ehehhe

HD dah start menyondol2 macam ngantuk. Silap x bawak naik susu. Tinggal dlm keta je, ingatkan ok. So, kna rasuah la kejap dgn tab. So, mulalah tunjuk terer dia, sampai auntie Farah nak touch tab dia pn, selamber je dia pegang n ketepikan tangan auntie Farah tu. Kihkih.. Sorila weh farah. Kihkih

 Dok membelek wedding album ain. Tahniah Ain dah 3m preggy.. :p
Auntie Ziehan nak usha segala vdeo kegemaran HD. Hehehe.. Jenuh toi dgn kefanatikan anak Mommy nih.. Aduii

Kendian kami ke Sogo plak..

Daddy insist nak guna Boba instead of stroller. Lega gak dgr ckp dia. Kalau x, jenuh nak kena angkat stroller sbb HD tdo.. Sedap je dia tdo di'peluk' Daddy. Hehehe

Naik tren Ampang Line sbb malas nak drive masuk KL & parking kt Sogo tuh.. Sure jam. Buang masa.
Naik tren is free sbb Daddy keja Prasarana. Hik hik

Around sejam jugak la HD tdo.. Lepas bangun, terus start wt QC kat stiap barang yang dijual dalam Sogo tu. Penat Mommy Daddy yang tgh sibuk memilih baju baby adik, mata x lepas tengok HD. Huuuu

Otw balik, HD didukung Daddy & again, dalam Boba. Senyap je walaupun x tdo. Sedap sangat kot. Hehehe.. x rugi ada Boba. Walaupun harganya memang mahal (almost rm400), tapi berbaloi.. ;p

Teringat HD masa kecik. Suka sangat tdo berpelukan gini tau..
Camni rupa pn leh tido lama. Hehehehe..

Masa dalam pantang, kalau asik nangis je, Mommy tidokan dia atas dada Mommy while Mommy baring. So, in case colic ke, sure anak kita ttdo sebab dorang akan rasa selesa.. ;p

Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

Labels: , , , , , , , ,