MALANG...

Cerita semalam…

Tersebutlah kisah………….

Memang malang rasanya hari nih. Start dari pagi, ujan lebattttt sesangat. Nasib baik la Mommy cepat siap. So, leh la turun serentak dengan Daddy. HD plak, masa keluar dari pintu rumah, terus tego ‘hujai..hujai..’ dan sekali skala dengar ‘hudai’ dan akhirnya baru betul ‘hujan’. Ahahaha.. Lawak btul.. At least, beliau sendiri yang start sebut tanpa sesiapa mula sebut. Beliau tau ‘what HUJAN is’. Hehehe
Mommy ambil hoodie blanket & HD ok jer sebab bila cakap hujan, beliau dah set dalam minda, kepalanya mesti ditutup. Kalau xde payung atau xde kain ke apa, sure tapak tangan beliau yang kecik tu mesti ada atas kepala. ‘Titup.. Hujai’. Hehehehe..

Pelat tu ada. Tapi, Mommy keep on sebut ayat yang betul selepas beliau sebut. Nanti, beliau tau la apa sebutan yang salah. Hehehehe

Jam baru 815. Mommy masuk opis kul 9. Selalunya, time2 cmnih, Mommy akan sampai dalam 840 gtu. Namun, hari nih, memang MUSTAHIL!!! Jalan dah start sesak dari Apartment Melur, Ukay Perdana. Alamak.. How larrrrrr.. Dah la lapar. Nasi lemak sah xdapek beli nih.. Ermmmm

Mommy xnk lalu area dpn tu. So, Mommy pn cilok la jalan lain. Tapi, tetap jam jugak!! Perjalanan dari umah ke Bukit Antarabangsa dah makan masa SEJAM, ok!!!! Can u imagine?? Hanya disebabkan hujan.. Tskk.. Tskk..
Nampak lengang, walhal macam semut bergerak.. Tskkkk
 
Kelaparan, namun macam ada gerak hati pagi tadi untuk bawak bendalah nih. Dek kelaparan sesangat, Mommy makan agak banyak & tetiba rasa loya. Arghhhhhh.. Sebab ia manis! Mommy lak kurenggg sket bab manis2 nih.. Ermmm

 Sampai ja opis, terus x semangat. Muka pucat. Migrain mgkn disebabkan flu agak teruk hari nih.. Ermmmm..

Selepas solat zohor, Mommy trus terlelap sekejap. Hanya tuhan ketahui, beratnya kepala nih..

Balik rumah, terus beli makanan sbb Daddy pegi Kuantan pagi nih. Mungkin tengah malam baru smpai.

Ambil HD kt nursery & terus naik. Nasib baik la HD x wt lemah longlai lutut beliau. Kalau x, matikkk la Mommy kena dukung HD smpai 4 tingkat dengan keadaan sarat camnih..

Namun, pada pukul 7++, Mommy tersedar yang Mommy lupa sesuatu perkara yang amat penting!
Buku merah dalam laci di opis!!!

Arghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh!!!!!!!!!
Sebabnya, appointment is esoknya. Kul 8 lak tuh. Opis mana bukak lagi seawal 7 pagi. Ermmmm

Nak xnak, Mommy ajak HD ke opis Mommy la!! Daddy baru je kt Gambang. Lambat lagi nak sampai.. Tskkkk
Nasib baik HD beri kerjasama terbaik!!!!

Kena upah tab masa dalam kereta. Jalan pulak x jam!! Syukur. Nak kejar opis akan tutup kul 8 malam, memang x sempat la Mommy nak makan dulu. Hmmm.

Tahan lapar kejap lah.. baby adik, sila beri kerjasama jugak!!

HD excited masa smpai kt opis Mommy..

Tong pos is wajibul items yang dia mesti nak pegang sebab kt umah selalu cenggitu..

Lif is bcoz sebab dah terlatih kat mall. Hehehe

Laju jer.. hmm

Dah sampai.. Tau2 je nak buka pintu terus.. Hamboiii

Dah masuk dalam, tetiba jadi pemalu la plak.. Huhuhu

Dipanggil banyak kali, baru nak angkat muka. Hihihihi

Macam2 la aksi anak Mommy nih. So, barang dah amek, leh la balik dgn tenang. Masa dtg td, jalan sebelah sana agak jam teruk. Nasib baik la masa balik tu, xde jam dah.

So, MALANG x semestinya SENTIASA MALANG.
Positif & berdoa.. Hehehehe
Balik umah, makan, rehat jap, tido.

daddy??
ntah kul bapa sampai. Mommy dah hanyut. kihkih..

Labels: , ,