JJC @ JAMU JALINAN CINTA (JAMU BERSALIN)

Mommy nak cuba Jamu nih sebab lepas bersalin hari tu, set NR mcm x cukup lengkap. Xde ubat untuk dalaman. Yang ada, phytonatal tu, untuk melawas jer. (Jujurnya, kalau Mommy bersalin lagi lepas nih, Mommy nak ambil set Amway mcm masa Hannah dulu. Lagi puas hati)

So, jamu nih pun Mommy nak cuba selepas result Ariq Emir utk ujian ALP hari tu dah turun. Harap2 Mommy cuba jamu nih, xde pape effect la kt Ariq Emir.

Hari nih Mommy start makan 2 biji. Malam kang, 2 biji lagi.
 
Harga RM48 (pos RM7), Mommy beli dari sahabat Mommy, Puan Hasanah(FB beliau)

 

Fungsi
Melancarkan peredaran darah
Melancarkan susu badan
Mampercepatkn luka sembuh
Membaik pulih luka dalaman
Memberi tenaga dan kesegaran badan selepas bersalin
Melancarkan pembuangan air besar dan kecil
Membuang angin dalam badan
Menghangatkan badan dari terkena sejuk2 meroyan

Ramuan
madu, belut, ikan haruan, dan rempah ratus wanita seperti manjakani, kacip fatimah, lempoyang, kunyit putih 

Cara Makan
2 biji selepas sarapan dan 2 biji malam selepas makan malam

PERHATIAN
jika bayi menyusu badan. jika terdapat gumpalan tahi mata pada baby, ibu dinasihatkan berhenti dahulu daripada terus memakan jamu tersebut

Mommy nak cuba dulu. Kalau ok, Mommy akan update testi later.

UPDATE

Nah testimoni Mommy
http://shehanzstudio.blogspot.com/2013/03/yeayyeay-ebm-dah-maintain-cam-dulu.html

Labels: , , , , , , ,