CARA GUNA MIPUMP DOUBLE BRAND FIRST YEAR

Mommy ada share sebelum nih perihal BREASTPUMP KESAYANGAN MOMMY di sini (boleh klik).

Alhamdulillah, ramai ibu2 di KIM yang sependapat (bagi mereka yang menggunakannya), x ketinggalan ibu2 yang teringin membeli & sudah pun membeli. Hehehe.. Hepi sebab dapat share benda bes & uols terima. Tahniah & selamat mengepam.

Mommy memang suka review barang yang Mommy ada pun. Heheheh..

Yang baik, jangan lokek nak kongsi. Hehehe.. X rugi pun..

Untuk pengetahuan kalian, kalian perlu baca kalau nak tau apa sebenarnya yang perlu anda tahu selepas kalian beli pam yang ohsem ini.

1) Plug Pin
Plug nih x macam plug biasa kita tengok. So, Mommy beli universal adaptor (warna hitam) utk plug pin nih.

ps: Jangan tak tahu yang pam ni jugak boleh guna bateri AA biasa tu. Tapi, Mommy simpan je la sebab bukan nak guna bateri pun. Ada yang tanya, nak caj cmne? Oh tidak Mommies. Ia bukan mcm bateri handphone atau kamera. Motor perlu diletakkan atas 'alat yang dipasang bateri' itu. Jika xde bekalan elektrik, gunakan bateri. Gunalah bateri yang rechargeable saiz AA itu.

2) Mipump Double Tubing
Ini lah motor nya. Kecik comey kan? Sebesar tapak tangan. Dilengkapi double tubing sebab ini adalah pam double. Seperti lidah bercabang rupa tubing tersebut. Mihmihmih *gelak kecik2 je bukaan mulut tu*

Close up sket.

ps: Tubing ini, tidak perlu dibasuh. Anda tidak perlu rajin untuk basuh tube ini. Sebab xkan ada air/susu/apa pun masuk. Kalau masuk, mungkin sebab kalian x hati2. Jauhkan dari sumber air/susu, etc.

3) Aksesori

Ini sahaja aksesori yang perlu dipasang di handle unik berbentuk T seperti gambar di bawah nanti
Untuk pengetahuan anda, ini sahaja yang perlu disabun, dibilas, disteril/rebus. (Mommy rebus sekali je seminggu. Tetapi, steril wajib setiap hari)

Handle


Benda kecik atas nih (x ingat ar nama dia, uols buka manual je la eh), kalian WAJIB pasang kat bawah tu. Kalau x, xkan tersedutlah pam ini. Apatah lagi susu nak keluar. Memang x. Angin pun xkan tersedut. Hehe. Maka, sila pastikan ia dipasang elok2.

Pandangan belakang & tepi corong

Pandangan keseluruhan corong yang lembut ini. Ia tidak menyakitkan kalian ok. Trust me. Lembuttttttttt jer

4) Cara pasang

Masukkan botol pam di bawah handle tersebut & cucuk tube di bahagian belakang corong.

Handle unik nih sebenarnya untuk memudahkan kalian. Leh pam sebelah tangan je. Sebelah lagi leh r layan Note2/IPhone4/5, etc. (motiff). Ngeh ngeh

Pandangan depan

Pandangan belakang

5) Suction Level
Mommy normally guna suction level 2nd highest. Xpuas kalau slow2. Hehehe.
Kekdah yang kalian akan rasa ialah seperti 'sedut, lepas, sedut, lepas, tegang, sedut lepas'. Hahaha. Sama mcm baby hisap kan? Tetiba tegang & merembes banyak lak tuh. Heheheh

Kalau tengok iklan dia mostly kata sunyi sepi kan? Memang sunyi la jugak. Tapi, xde la sepi. Akan kedengaran seperti pepatah saya di atas tadi. "Sedut-Lepas-Sedut-Lepas". Hehehe

6) Tote Bag
Ini memang free ok. Dalam box. Kalau xde, SAH korang kena tipu. Miahahah

Cara Mommy guna

Prefer letak dalam bag ajer..

FAQ

1. Isu rebus dan steril?
part yg boleh steril/rebus cuma yg saya ltk atas tisu tu je. tiub x boleh yer. Mommy memang steril setiap hari mgunakan little bean sterilizer (leh gugel)
kalau guna microwave sterilizer tu, still cuma masukkan botol2 dlm bekas tu then steril kan? kalau gtu, apply the same. steril sama mcm kita dok steril botol
rebus nih sbb normally klu org x de steril, org suka rebus kan? so, saya xnk la rebus setiap hari. takut nanti segala tulisan kt botol tu thakis ke apa. ssh la kna tuka baru lebih awal kn..

2. Plug pin
plug tu memang x sama cm plug biasa kt Malaysia nih. So, anda boleh beli adapter yang wrna hitam tu jer. Beli di kedai Mr DIY x smpai RM5 pn. Hehehe

3. Isu basuh di tempat kerja
Mommy gunakan air tapisan (filter) water. Bilas2, masuk dalam net, kemudian simpan dalam cooler bag.

4. Handle
Itu memudahkan kalian untuk 'memegang' botol. xde la 2-2 tangan digunakan untuk memegang botol. Time nih la korang leh usha henfon korang. Sebelah lagi pegang

5. Suction
Suction lembut. Sedut lepas sedut lepas. Ingat x pepatah tu? Hehe. Masa sedut tu, korang tolak2, adjust2 sket la breast korang. Pastu cabut sekejap & cepat2 letak balik sbb kadang ia sedut smpai tlekat breast gitu.. Hehehe.. Ada faham x? Hee

6. Harga
Double selalunya 499. Kalau rezeki 399/350 leh dapat
Single 399. Kalau rezeki, cer usha. Sure lagi murah

7. Convert to single
Boleh. Mommy pernah buat masa tandem. Tapi, adalah lebih bagus kalau beli je single tube. Ada kat growing kidz

Apa2, sila tnya Mommy k. Tq

NEW UPDATE (3 OCT 2013)

Mommy punya 3 Way Bottle Adapter yang macam dalam gambar bawah ni terkena air panas, so hasil terkumpul memang merudum giler. Dari 12oz setiap hari, nak dapat 5 oz pn susah. Mungkin sebab terlalu riso kot. Susu pn merajuk nak kua.


Lepas tu Mommy cuba nasib anta email kt growing kidz tu (GBS Marketing Sdn Bhd), sekali ada jual. RM10 je ok! Gila bes!! Murah giler spare part pn. Hihihi. Selepas dapat tu, terus susu macam ok balik. Sebab pe? Hormon gembira dah ada balik. Susu pn mau r kua. Hehehe

Baca PEMBANTU PENGELUARAN SUSU mommy yang lain DI SINI

Tq sudi baca. Regards, Mommy Hannah Damia & Ariq Emir

Labels: , , , , , , , , , , , , ,