BERCUTI DI KAMPUNG AMATLAH INDAHNYE PUNN!!

Percutian dari 31hb May sehingga 3hb Jun 2013.

Sebelum kami pulang, risau jugak sebab adik AE masih lagi demam sejak hari Isnin 27.5.2013 tu. 3 hari dia demam sampai 29hb. Ingat kalau masih demam 30hb tu, memang nak bawak g spital ar. Tapi, pagi tu rasa badan dia mcm dah kebah je. So, ok la. X jadi p klinik.

Mommy & family kaktih ada g makan kt Restoran Bambu tepi Duke tu.. Kaktih datang hantar anak buah utk tumpang balik Kedah skali. Erm.. makanan boleh tahan sedap kt cni & harga boleh tahan gak r.. Mommy makan udang banyak giler sbb sedap sgt.


Kami bertolak pulang ke rumah mak dulu. Ingat tengah hari tu baru p umah hubby. Almaklumla x smpai setengah jam je pun rumah kami. Hehehe.. Makanan pertama ialah bihun. Dilengkapkan pulak dengan kopi cap Gantang. Yeay!!!


Sebab seronok ialah dah 6 bulan Mommy xmakan sejak bersalinkan adik AE. Huuuu. Nikmat x terkata hoiii!!

Tengah hari ke rumah MIL. Benda pertama Mommy buat ialah kemas rumah. Setel ruang tamu, p makan dulu. Pastu sambung dari kul 1 non stop smpai kul 6. Setel dari ruang tamu smpai dapo. Sensorang. Tapi, ada gak la panggil BIL utk angkat barang berat & buang tahu tikus. Hikhik.. Geli.

Barula nampak kemas sket. Sian. Mil sorang je perempuan. SIL pulak tgh preg. Maka, Mommy xnk la susahkan sesapa wt keja nih sbb Mil & Sil bz kat dapo. Alaa. Mommy nih alasan kan xnk ke dapo! Heeee. Anak2 lepak depan tv. Adik AE smpi terlena sendiri. Lama gile tdo..


Petang tu Mommy perasan kulit AE macam naik merah2. Adoii. Apahal nih..


Mommy yakin nih mesti sebab Mommy makan udang banyak kt Restoran Bambu tu.. Sebab Mommy perasan dari subuh tu lagi. Naik merah2 nih. Petang lagi ketara. Aduyai.. So, bermulala episod letak Nappy Balm Moo Goo dengan kerap. Sian. Asik menggaru ja.

Malamnya, family MIL ada buat majlis makan2 sket. Sepupu hubby yang baru balik dr Jepun tu sponsor kambing sekor. Mak & Abah Mommy pn ada gak malam nih. 


In the middle of majlis, ttiba kezen Mommy announce ada kek. Eh.. Eh..


Bila tengok.. Eh.. Eh..


Gambar kami memotong kek xde dlm note2pink nih. Ada dlm kamera. Nt update semula. Hehehe.

Ketika menikmati koewteow, Abah tlg pegang adik AE. Rilek je AE nih. HD lak asik tunjuk perangai rimas, nak masuk rumah. Nak main dalam rumah. Haihhh

Anak2 join tido awal sebab Mommy keletihan. Hee. Dah lama x kemas rumah plus jaga anak2 yang makin ligat kan. Ariq lak asik nak mengempeng je. Plus, kemerahan kegatalannya itu makin ketara. Sian.


Bangun pagi, mandi awal2. Dah la sejuk giler.. Huu. Mommy xle tido dari kul 5 pagi. So, bangun iron baju pe sume bagi setel. We r all in pink today.. ;p


Daddy x jaga2 sebab pingsan mlm td wt keja smpai kul 4 pagi. P pasang banner la, apa la. Utk rumah kenduri. Yiah. Hari nih hari kenduri sudah..
  Baju HD nih Mommy beli di Lil HDAE Closet.

Kul 11 gtu baru pakai baju kenduri. Hehehe. Daddy xmo pakai lagi sbb dia kena jadi orang paling penting hari nih. Almaklumla. Abang sulung yang nak kawen. Daddy plak anak kedua dalam keluarga yang dah ada anak 2. Heheheh..


Seronok bila HD tau yang Mommy & dia pakai sedondon. Asik sebut 'sama'. berulang kali. Hehehe

Adik AE pn 1st time pakai baju melayu nih on my 29th birthday lak tu.. 1 Jun 2013.. ;p

Ala.. Homey.. Homey..

 Us..

Bergambar dengan biras.. umur baru 19 uolss. ;p

 Mak Mommy buat baju kurung nursing utk Mommy. Memang bes & mudah utk bf. Cubaan pertama kali mak. Mana penah buat baju nursing. Mommy lak main bagi idea kot tepon ja. Terer ah mak. Tq bnyk2

Berkat x givup sapu Nappy Balm Moogoo, badan AE dah hilang terus merah2 tu. Muka je ada sket2 lagi.. Dah cantik dah kulit. Hehehe

To be continue..


Tq sudi baca. Regards, Mommy Hannah Damia & Ariq Emir

Labels: , , , , , , , , ,