DEMAM SEHARI SEBELUM 11 BULAN = BERJAYA BERDIRI SENDIRI

28 Okt 2013, Ariq genap 11 bulan. Badan beliau agak panas sehari sebelum tarikh tu. Dah agak, demam nih mesti ada sebab. Betul la kot. Demam bertambah umur plus nak berdiri sendiri.

Beliau mula bangun berdiri sambil berpaut di kaki Mommy atau sofa masa beliau berumur 9 bulan.

Dan alhamdulillah, selepas cubaan berdiri sendiri yang pertama pada 15 Okt 2013 (Raya Haji), around 5ptg, adik AE berdiri kat atas tilam waktu tu. Ohsem kot. Walaupun cuma 5 saat, sampai Mommy Daddy tercengang. Adik cari tempat mencabar ya untuk berdiri pn. Tilam tu bukan keras pn, tapi adik berjaya stabilkan diri ya. Pencapaian bagus pd Hari Raya Haji ye dik. Tahniah.

Waktu tu memang x ready la kamera kan?? Rugi. Hmmm

3 hari selepas tu, 18 Okt 2013, around 734pm, adik AE berdiri sendiri kt ruang tamu jugak. Selepas tu bermula la kronologi jalan sambil menolak apa yang ada termasuk la kerusi kecik kakak, meja kecik kakak, asalkan boleh berjalan sambil berdiri (nanti la Mommy beli Sit-to-Stand Learning Walker tu. hehe)

Waktu tu pun memang x ready kamera!! Rugi. Hmmm

Tapi, malam tadi nampak adik AE cam semangat semacam je. So, Mommy dah ready kamera sampai kakak pn siap cakap 'Mommy, adik bangun'. hehehe

Good job, adik!!

Berjaya berdiri sambil pegang buku kecik. Mommy x sempat nak g depan adik. Huhu. Kakak x sedar pn adik dok berlatih tu..

Berjaya yeay!!

x sabar plak nak tengok adik berjalan pulak. Hihihihihi

Regards, Mommy Hannah Damia & Ariq Emir

Labels: , , , , , ,