DILEMA HATI SEORANG MAK

Assalamualaikum.

Perkara ni pasti pernah terjadi pada kita. Mak2 n pak2 yang bekerja.

Pergi kerja. Rindu anak.
Balik kerja, ambil anak kat nursery/pengasuh.
Peluk2 cium dan kalau sempat, bawak ke playground.
Sampai rumah, kadang lepak, kadang xsempat pn nak lepak dengan anak.
Sebab pe? Dah smpai rumah pn, azan dah berkumandang.
Anak2 sebut kena solat.
So, pi solat. Lepas solat, baru teringat, anak2 belum makan.
Kena masuk dapo.
Mak x makan lagi pn xpe, asalkan anak makan dlu.
Tapi, mak bijak, masak lebih utk mak makan kemudian.
Setel bab makan, ya Allah, dah pukul 9 malam nih.
Esok nak makan apa kat nursery?
So, masuk dapo lagi sekali. Prepare2 untuk masak malam atau esok pagi.
Ya Allah, botol pam n botol susu anak belum basuh.
So, basuh dulu.
Anak datang dapo. Kaco kaki.
Angkat anak letak depan tv.
Anak main. Suh pak layan. Kalau pak xde, main la sendiri2.
Xpe. Banyak mainan dah kena longgok depan mata.
Sepah xpe. Nanti longgok dalam bakul je.
Masak2. Basuh2.
Anak datang lagi. Kaco kaki. Ketuk2 almari.
Angkat ke depan lagi.
Setel kerja.
Nak main dengan anak2. 
Sambil tgk enset. Snap gambar anak2. Tengok tv sekali.
Tengok jam, dah pukul 1030 malam.
Esok nak kerja.
Tetiba.
Anak : mak, jom tido?
Rutin.

Pedih x hati? Quality time waktu mana? Ok. Aku nak qeyau sebab ni cerita aku sebenarnya. Aku x tipu. Kadang2 biar ja semua benda kat dapo semata2 nak main dengan anak. Nak beraktiviti sekali. Esok pagi la masak & setel basuh2 semua. Anak2 hepi. Hepi sebab mommy depa leh bacakan buku utk depa. Leh main2 dengan depa. Gelak2 dengan depa. Tapi, masa suntuk. Sebab tu hujung minggu, rasa nak keluar untuk penuhkan aktiviti dengan depa. Itu je masa betul2 berkualiti. T__T

Regards, Mommy Hannah Damia & Ariq Emir

Labels: ,