ADA SUKA.. ADA DUKA..

Assalamualaikum.
"moga hajat Mak Abah melakukan umrah sempurna kesampaian. mereka di Mekah sekarang. baru lepas solat subuh - jam Malaysia 12 thari, jam Makkah area lepas subuh"
"moga Hannah Damia cepat2 sembuh dari demam panas. currently at Pantai Hosp Ampang"
Doa Mommy sekarang ialah doa2 tersebut.

SUKA

Allah makbulkan doa mak abah untuk menjejakkan kaki ke Mekah untuk menunaikan umrah pada 12 Feb 2014. Amin. Amin. Amin. Syukur. Walaupun dugaan dengan Tiram Travel sebelum tu yg asik postpone tarikh, kemudian sukar dihubungi untuk menjelaskan keadaan, buatkan famili Mommy decide untuk cancel dengan servis Tiram Travel. Yes, Tiram Travel, u r blacklisted now! Akhirnya kaktih Mommy uruskan semua dari pegi collect sendiri cheque & pasport semua di HQ mereka di JB. Imagine! Sangat teruk servis mereka. Duit ambil. Tapi, macam2 sampai x tercakap Mommy kat sini. Akhirnya kaktih uruskan pakej umrah bersama Andalusia. Alhamdulillah. Jadual terbang ialah 8 pagi pada 12 Feb 2014. Tqvm kaktih & family.

Sejurus lepas balik dari kerja pada 11 Feb 2014, kami semua berkumpul di rumah kaktih di Semenyih. Tidur? Anak2 masing2 xtau apa yg x kena, x bagi chance langsung suh Mommy tido. Pukul 230 pagi Mommy kejut semua orang suh bangun mandi sume. Mak siap sempat bangun awal utk goreng nasi buat semua orang. Aduh mak. Gonna miss u so much even mak pegi cuma 2 weeks.

Tiba saat yang agak sedih bila semua orang berkumpul utk salam2 sebelum kami perlu berangkat ke KLIA. Start dgn kakak sulung, dinasihatkan macam2 oleh abah, dan adik beradik Mommy yang lain. Paling sedih is my part la opkos. Abah tetiba menangis & time2 tu air mata Mommy mencurah2 & orang lain pn jadi sebak sebab Mommy kena calmkan abah. Ye, Mommy adik yang nakal (tp si bongsu lagi nakal. hihih), tp Mommy lah yang paling suka menurut perintah. Salah ke, x salah ke, Mommy kena beralah. Xpa.. demi hubungan kami adik beradik jugak. Abah nasihat sebab xnak putus tali kekeluargaan. Time tu lah abah menangis. Rasanya x pernah lihat abah menangis. Allah. Adik mintak maaf abah. Abah jangan risau. Adik akan sentiasa jaga hubungan adik dengan kakak, kaktih, abang & adik zahim. Tskk. sebak! Kenapa mesti time Mommy abah jd gitu. Tskkkkkk..

See... I have to calm my dad. Oh abah!!

Agak sedih sebab mak abah cuma dihantar kami adik beradik sahaja. Xpa mak abah.. nanti pergi haji, semua sedara mara yg lain akan turun. Depa nak mai pn jauh nih..


Kami sampai around 530am gtu di KLIA. Lepak sana sampailah tiba masa mereka perlu berlepas. Tskk Tskk.. Tapi, tengok muka dorang.
Happy sangat kan? Alhamdulillah. Selamatkan mereka ya Allah.
Sampaikanlah hajat mereka. Moga urusan mereka di sana mudah.
Semoga mak selera nak makan.(mak tu susah bab makan. apatah lagi roti2 smua tu. kureng)

(btw, cute la colour theme dorang. pink. hehehe)

Insya Allah.

Hari ni dah 5 hari di sana. Mereka perlu transit ke Oman. Otw back nanti singgah Oman lagi utk ziarah. Bes!

DUKA

Nampaknya, ada seorang yang paling terkesan dengan perginya atok & wan ke Mekah ni. Anak buah Mommy yang sulung. Paling close dgn atok & wan. Sedih sepanjang jalan. & even until today. We can't even sebut about atok & wan in front of her. Sure cry! She is 16 now.

Kes duka kat Mommy pulak, petang 12hb tu AE tetiba demam panas. Weols ke Hosp Ampang otw back dari Semenyih petang 12hb tu. Plus, kes tahi mata yang berlarutan dari 6 Feb yang lalu.

tengok mata beliau. asal tido je, sure kua. x tido pun kua. i think panas dalam.
So, MO hosp ampang check darah tapi bebas denggi. Doc kasi nih selain perlu makan ubat & antibiotik.

Malam sebelum tido Mommy titis. Esok pagi dah xde dah tahi mata. Alhamdulillah. Bagus jugak Nicol Eye Drops ni. Sehari selepas kejadian tahi mata pada 6hb tu, Mommy stop madu QASEH JUNIOR yg slalunya Mommy mix dalam sarapan dia. So, dah stop tu, dalam masa yang sama, tahi mata xde.

Tapi, AE demam panas lagi. Ermmmm. This time Mommy strict dgn antibiotik. Bagi je setiap hari (efeknya ialah berkesan buat AE. 3 hari je demam. Plus memang x amek langsung dah madu Qaseh Junior)

Duka Mommy lagi ialah, malam 12hb tu Mommy turunkan frozen ebm ke chiller sbb plan nak hantar ke nursery la 13hb tu. Tapi, terpaksa EL sebab tetiba HD plak jam 330 pagi demam panas!! Oh Allah. Rasanya setahun lebih HD x sakit. EBM rosak je sebab AE tau Mommy ada. Jangan harap la nak botol. HD lak manja & asik nangis. Xle nak marah pn. Even till now kalau Mommy sendiri demam pn, dok merengek kat Daddy. hohoh. mak borek, anak rintik.

EL utk jaga kedua2 sekali. Mommy apply cuti cuma 12 & 14. Nampak gaya, straight 3 hari kena cuti jaga dorang nih.

Dugaannya hanya tuhan ketahui. Mandi mcm kena kejar. Masak utk anak2 ja. Mommy makan biskut time thari sbb x slera nak makan nasi. Sarapan tu daddy dah tlg beli nasi lemak. So tunggu ptg lah Daddy bawak balik dinner.

Anak2. xmo makan pn. sedih.

HD still x ok. Time suhu kakak & adik tinggi sangat, Mommy terpaksa sumbat VOREN supp sebab PCM supp x jalan.
Barulah dapat tengok keadaan dorg cmnih....

Masa yang lain, hanya baring. Lemah. Allah.

Suhu AE dah makin ok. Suhu HD lak on off. Kejap tinggi sangat. Kejap rendah. Mommy xde cara lain selain mandikan dengan kerap. Biarlah nangis pn.

Sabtu, 15hb, ketika Mines ada Big Bad Wolf, Mommy terpaksa pendam sahaja niat nak ke sana. Jam 11 pagi, Mommy call Daddy suh balik segera (daddy ada kerja luar). HD tinggi sangat suhunya.

Ke hosp ampang lagi sekali kami selepas kes AE hari rabu petang tu..
Lemah sgt keadaan kakak masa nih. Suhu kakak 39.2 di hosp masa tu.

Gamat Emergency Room time tu sebab HD jerit 'sakit2!' sebab kena sumbat PCM supp & ambil darah. Free from dengue. Kan Mommy dah bgtau tadi, PCM x berkesan kn? 4 jam lepas tu beliau gigil semula. Doc hanya kasi antibiotik. Balik rumah around 6 ptg lepas 4 jam di hosp Ampang, Mommy mandikan beliau & time tu suhu memang tinggi giler. Bagi antibiotik sume, kesannya suara xdak. Allah. Air dah la minum sket2. Mau jugak la kakak minum. Susu xnak. Makan apatah lagi. Kul 12 tgh malam, Mommy dah ajak ke Pantai Hosp. Daddy suruh tunggu kesan ubat dlu. Ya. Kul 3 suhu turun & x demam dah. 

But, at 11am suhu naik semula. Kami terus pecut ke Pantai Hosp. Haa kau.. Yellow Zone terus..

Apa lagi, kena jeram giler2 r.. Dari 39.9 jadi 38..


budak kecik tu tengah melawat kawasan lepas penat menyusu. hee

Plus, Voren supp dimasukkan. baru la betul2 turun suhu.. smpai 36. Kakak kena cucuk sebab perlu admit. Dengar la nangis2 mendayu2 panggil mommy mommy. tskkk.

tapi, keluar, ok plak rupa. Cuak je kot. Heeee.. Kakak memang good girl!
Siap 'pis' lagi..




Daddy kena jada HD dari malam nih (16022014), siang malam. Mommy balik rumah malam tadi & sampai around 10pm.

TERKEJUT

Tengah2 malam lepas setel kemas dapur & brg2 AE utk ke nurseri sok, sahabat Mommy wassap tanya tau x kat mana UK terbakar tu?? Aik? Balik td xde benda pn. Cuma masa lalu area Sering Ukay tu, perasan la macam ada orang berkumpul. Rupanya kawasan hutan belakang Sering Height tu terbako.. Siap husband shbt Mommy tu kua g tengok. Riso la kan.. News kat sini

Kul 1 pagi, Daddy bgtau suhu HD naik. Alamak.. 38. Then 41. Adoih.. Tapi masa suhu 41 tu, kul 4 pagi. Mommy x sedar donia dah. Sebab kul 2 br dpt tdo. AE meragam ntah sbb pe.

Ini pic Daddy send pagi nih.. Harap sihat la ye syg hari ni. Daddy bagitau, pegi main pn sekejap je. Pastu ajak balik bilik. Letih kot.

Daddy ckp, ada sorg budak kt ctu positif virus kencing tikus. Simptom sama. Cuma xde muntah berterusan. Erm. Erm. Tidak. Tidak. Anak Mommy sihat.

Amin Amin Amin.

UPDATE:
Setelah lama stop then i stop madu QASEH JUNIOR pasal kes tahi mata & panas dalam tu, AE memang sihat dah. Then semalam, hantar kt nursery, saja la letak sket madu QJ tu. then petang panas semula smpai pagi ni (18022014). Ayooyoyoyoyo

Sambungan CERITA YANG ANDA WAJIB BACA.. di sini.. Jadilah manusia yang punya pedoman (klik)

Regards, Mommy Hannah Damia & Ariq Emir

Labels: , , , , , , , , , , , , , , ,