ARIQ EMIR..DRINKING CUP vs BOTTLE

Assalamualaikum.

Jarang sangat sekarang nih nak cerita pasal AE. Budak nih unik sangat kalau compare kakak dia.

Paling obvious
Susu masih lagi breastfeed. Tapi dah campur dgn fresh milk masa umur 1tahun3bulan. Masa 1tahun4bulan baru cuba susu formula. Tapi lebih prefer beli fresh milk. Susu tu sebagai tambahan je in case susu Mommy (ebm) x cukup.

Tapi selalunya cukup je ebm tu.

Makan memang banyak.

Cakap banyak, tapi xsebanyak kakak dia.

Macam cakap bila perlu.
Diam lebih perlu agaknya.

Abeh? Xnak botol susu, dia minum pakai apa?


Ni botol susu dia. Ada 3 botol. Ingatkan minum dulu pakai botol nih kat taska. Masa tukar taska bulan 3 2014 baru2 nih baru tau dia memang xnk minum pakai botol susu. Dok pakai syringe. Aiseyman.

Cikgu kat taska baru nih suh tukar puting. Weols try beli botol biasa & puting NUK.


Berjaya la sekejap.
Kemudian, back to normal. Iaitu pakai syringe.

 
T_T
Naness Mommy buntu tau!

Pastu Mommy ada tanya pendapat kawan2 Mommy. Ada sarankan suruh beli drinking cup macam2. Masalahnya AE nih x mo hisap straw. Puting pn xmo hisap, straw apatah lagi la? Tapi, yang Mommy, nak pulak. tihihi

Masa Mommy nak cuba cari drinking cup kat Manjaku, Mommy terpandang drinking cup ni. Macam menarik.
Brand avent.
Pastu baru la Mommy beli masa nih.

Dah cuba minum air, macam ok. Kena tekan baru leh minum. So kalau x tekan, air xkn kua. Macam ada getah kat dalam tu, so utk pump out air tu, kena lah tekan.

So far minum air masak memang dia leh minum. Start petang Isnin tu (28.4), Mommy saja letak fresh milk dalam bekas tu. Wah. Non stop k. Mau minum. So baru lah Mommy bagi kat taska utk cuba minum susu dalam ni. Nampaknya kena beli lagi lah.

RM50 seketoi oiiiiiiiiiiiiiiiiiiii

Parohh..


Regards, Mommy Hannah Damia & Ariq Emir

Labels: , , , , , , , , , , , , , ,