CEMBURU ITU PERLU

Cemburu itu perlu.

Cemburu itu fitrah.

Cemburu itu tanda sayang.

Cemburu tanpa sebab itu bahaya. Eh. Mana ada orang cemburu tanpa sebab. Cemburu bersebab. Tapi, sebab yang remeh atau yang perlu.

Memang la perlu cemburu.. Tapi kadang2 cemburu boleh jadi peluru.

Jangan ingat cemburu nih hanya melibatkan cinta lelaki & perempuan.

Cemburu punya banyak cabang.

Hati tidak selesa, tidak bersih, tidak senang bisa membuatkan hati cemburu.

Cemburu kejayaan orang lain.

Cemburu melihat lebihnya orang lain.

Cemburu melihat orang lain lebih bergaya dari diri sendiri tapi tidak pula cuba untuk memperbaiki diri sendiri.

Cemburu melihat orang lain naik pangkat tapi tidak pula usaha menonjolkan diri.

Cemburu orang lebih cantik tapi tidak pula berusaha untuk cantikkan bahasa di mulut supaya orang tidak lagi cuma memandang wajah.

Cemburu melihat kebahagiaan orang lain tapi tidak pula berusaha menggembirakan hati sendiri untuk pergi berseronok.

Cemburukan seseorang tapi tidak pula pernah terlepas mengikuti perkembangan seseorang itu

Percaya lah diri sendiri tu.. x perlu ukur kejayaan/kegembiraan/kelebihan orang lain dengan diri sendiri

But after all

CEMBURU ITU PENYAKIT
 
SEMOGA CEPAT SEMBUH

Oh yes..

GET A LIFE

SERIOUSLY!

Regards, Mommy Hannah Damia & Ariq Emir

Labels: , ,