TIRING WEEKEND

Assalamualaikum

Dah lama dah bercita2 nak jadi surirumah. Iaitu sejak ada anak. Especially anak2 yang selalu sakit, keterpaksaan bercuti tu buat Mommy rasa mcm nak stop keje. Tapi kang, komitmen banyak plak Daddy kena tanggung. Mommy kerja pn ikhlas sebab nak sama2 tanggung komitmen. Ye la, bukan ke sama2 mencipta komitmen. Huhu. But I believe, Daddy akan succeed in his career so that Mommy boleh capai cita2 tersebut. Lagipun Daddy dah janji, komitmen, jika diizinkan Allah, dia akan tanggung semua. Dia cuma nak Mommy jaga dia, jaga anak2 dan jaga rumah. Go go Daddy!!

Mommy pun xnk berlenggang kangkung je kalau bleh jadi surirumah. Selain Homeschool kan anak2, Mommy nak jadi WAHM jugak. Work-at-home-Mother! Mommy memang dah ada bisnes tapi kecik2 saje la sebab xde masa sangat. Huuu..

Bisnes tudung Mommy kat SS SCARF pun berjalan lancar. Nak restock, Allahu, ambil masa sket. Ermm..

Weekend nih a bit tiring sebab Daddy kena outstation. Dah tau dah kalau Daddy os je, sure penat gila. Sebab 100% Mommy kena buat kerja. So Mommy kena jaga anak2, masak, kemas rumah, basuh baju, sidai baju, etc etc. Sebenarnya kerja yang sama la kena buat kalau jadi surirumah pun. Cuma, bila dah kerja nih, hujung minggu je betul2 masa untuk kemas semuanya, memang penat la. Kalau jadi surirumah, kita maintain setiap hari, so xde la teruk sangat kan. Macam Mommy minggu nih, dah bersungguh2 kemas rumah, so minggu ni x stress sangat la.

meh nak stori mori sket aktiviti weekend lepas.

Jumaat sampai Isnin Daddy ke Kuantan, hari yang paling Mommy stress jugak la sebab hari Jumaat & Isnin ialah hari yang berat dgn barang. Dugaan betul hari jumaat sebab dengan keadaan hujan, nak kena angkat anak2 ke dalam kereta plus barang2 hujung minggu yang wajib bawak balik. Hari2 lain x berat sangat sebab cuma perlu bawak baju salin & makanan & botol susu aje. Hari hujung minggu lah segala cadar, towel & bekas2 makanan & minuman, bekas air masak n etc akan diletakkan dalam beg utk dibawa pulang. Mommy memang x tinggalkan barang kt nursery kecuali sudu garfu, pinggan mangkuk. Air masak hari2 bawak. Sebab Mommy akan steril semua botol2 so x suka kalau tinggalkan kt nursery. Even terlalu jaga pn, x sangka air masak kat taska lama Hannah punca dia rotavirus masa dia baby dulu. So sejak tu memang Mommy sentiasa prepare air masak 2 liter setiap minggu & akan direfill bila abeh. Air tu utk bancuh susu Hannah & air minuman dorg berdua.

Cikgu kat Taska Hannah tetiba masa tengahari Jumaat tu. Tunjuk kakak ada surprise kat Mommy.

 
 
Even Mommy tau kakak x faham lagi maksud sebenar Hari Ibu. Tapi, terharu betul la bila Mommy tengok kakak buat utk Mommy. Bagus cikgu2.

Malamnya Mommy plan nak kemas buku2 dorang yang Mommy juz letak dalam kotak big bad wolf. Rasa x cantik plak ruang tamu nih. So Mommy kuakan giraffe rack yang sebelum nih Mommy letak dalam bilik studi & letak buku2 n toys dorang. Cuma, Mommy sengaja xnak banyakkan toys kt depan tu. Dah la kecik2, serabut otak je tengok. Maka, Mommy beli toys & books yang gedabak je sekarang nih..
Hari sabtu pulak, weols ada party kat rumah Dr Munie. Nak pegi ke xnak. Dulu Mommy juz Boba-ing while driving. Don't worry, AE baik. x gerak sket pn. Siap bersandar n peluk dada Mommy je sepanjang jalan. Tapi sekarang dah besa. Nak letak atas car seat, memang xbleh duduk punya. So, Mommy juz letak atas kerusi depan, pakaikan seat belt & letak tab. Diam je x gerak. Layan tab. Huuuu. Semangat nak pegi party Isse.

Ye la, ada pavlova & lasagna yang superb. Mana boleh miss. Hiiiii. Happy 3rd Birthday Marisse! Mommy hadiahkan playdoh toys kat dia. Xtau la dah pandai buat cookies ke belum tu. Hihi.. Hannah xle tengok bendalah tu. Kang nak main, jenuh nak kena beli lagi. Huuu
 
 
 
 Ada budak sorang nih, abeh baju comot sebab pandai main sudu yang ada kesan kek kat belakang toys isse. haih
 Anak2 dapat set pensil princess & baloon etc, mak2 dapat cookies ni. Bekas nih sangat comel!!

Petang tu Mommy juz masak simple2 je utk anak2 & Mommy. Utk Mommy, goreng ayam black paper je. Huuuu. Tu pn kenyang membuak2. amboih. hiii
Anak2 macam biasa. Macam2 aksi.
Tengok adik. Rajuk sebab Mommy ajak kakak ke toilet, dia xleh join. Dahi bertelur sudah. T_T

Si kakak pulak, tengah dok eksyen jadi doktor sekarang. Ohsem gak toys kakak nih. Siap ada lampu. Even dia punya stetokskop pun bunyi dubdab dubdab. Bukan main. Hahaha

Malam kedua tanpa Daddy, akhirnya kakak mengalah jua. Sebut2 mana Daddy. Even mamai/ngigau dalam tido sebut Daddy. Aduh.

Daddy hang busy smpai lupa call!! pfftttt

Hari Ahad hari Ibu. Mommy call mak. Sedih la jejauh nih. Xle nak p celebrate apa. Buat anak2 Mommy, Mommy harap besar nanti jaga diri, jaga maruah, buat perkara yang elok je. Ingat Mommy nih kalau nak buat perkara x elok. Lupakan terus. Doa Mommy, anak2 Mommy akan berjaya & jadi anak2 yang soleh & solehah.
 Tengok ler. Ini la tugas mak2 tau.. Mommy rasa, ada banyak lagi tapi x tersenarai. Sebab tu la kita sbg anak2 xkan pernah rasa cukup nak balas budi mak2 kita.

Hari Isnin, dh bangun awal & siap2 barang, sekali kakak demam la pulak. Adoiiiiiiii.. Demam rindu Daddy kot! Daddy again.. busy. grrrrrrrrrrrr
 
 
 
 
Kesian, lemah je kan? Lemah2 pn, ajak mandi, ok je. Lega. Tu tgk adik tu, kakak tido x sempat nak makan biskut, dia sambung makan. Hiii

Hari isnin tu even kakak demam, Mommy x dok diam. Ye r. Baju berbukit nak lipat. Serabut ruang tamu, serabut dapo, serabut segala. Setel masak kat anak2, buat bubur je sebab dorg x slera, Mommy masak tomyam untuk diri sendiri. Wah.. cayalah Mommy (nih kes mls masak r nih). Hahaha
Tapi baru perasan, beras abeh masa buat bubur tadi. Huwaaaaaaa.. So, Mommy kongsi bubur dorang then letak tomyam ni sebagai lauk. Hukhukhuk. Redha.

Since kepala dah serabut dengan ruang tamu tu, Mommy decide satu benda.
Nak jual sofa nih..
Ada sket koyak tu. Mcm bergaris putih tu. Biasalah berat orang kan macam2. So far, ada sorang tanya, x jadi ambil. Sorang lagi nak datang tengok ujung minggu nih Insya Allah. Tapi kalau x jadi jugak, nak kena hantar kt mana2 la. Ikat atas kereta. Eii..takut. Hahaha
Mommy beli dulu rasanya RM300+ kot. Nak letgo RM100 je.

Satu masalah Mommy rasa mungkin akan selesai kalau ada pembelian sofa nih. Kendian, satu lagi masalah iaitu kat dapo. Nak menyusun barang di tempat yang sangat limited space.

Mula2 sekali pk, oven leh letak atas microwave nih ke x? Pk nak beli rak yang leh ltk oven kat atas tu, tp bahaya plak takut terlanggar pastu jatuh ke apa kan? Dah la ada budak2 kecik kat rumah. So x jadi.
Last2 susun camni..
Pastu boh sticker tile tu.. (pink..beli kat Daiso)
Pastu ada satu lagi masalah iaitu, buku2 memasak.. xde space nak letak.
Gahhhhhh. Stress!
Pastu masalah beg2 harian untuk anak2. Sebab bekal2 makanan dorg(bento) & beg sekolah memang kena letak setempat je. Xkan nak letak dalam bilik, pastu hari2 nak mengangkut keluar. Rajin sgt maknye nih!
So, amek penyangkut patah, DIY sekejap. hahaha
Ish Mommy dia.. terlebih kreatif. Asal boleh ja kan? Hahahaha

Since Daddy dah balik Isnin malam tu, Yaumus Sulasak kan cuti. So weols ke IKEA. Daddy cakap nak bawak utk tebus dosa dia. Hahaha.
Salah satu damage done ialah beli bendalah nih..
Selesai masalah.

Satu lagi ialah rak untuk buku2. Nanti Mommy update lepas Daddy bertukang. Ish. Ikut hati nak je Mommy tukang. Tapi Daddy x kasi sebab nanti jiran marah. Ye la. Mommy free time malam je la. Hahahah. Kena tunggu weekend jugak lah nampaknya. Grrrrrrrrr

Sebelum balik rumah tadi, weols dinner kat Restoran AK-47, Jalan Taman Setiawangsa. Restoran nih tepi jalan selepas roundabout sebelum sampai kat AEON Keramat AU2 tu. Kalau datang dr arah belakang la. Kalau datang dari arah Jusco (AEON) tu, terus je & kena buat uturn kat roundabout tu. Harga standard KL. Pakej 2 orang makan dalam RM20 tidak termasuk air. Eh. Promot plak. Haha. Kesedapan kali pertama datang memang superb ar. Semalam xtau la sebab ktorg letih melampau ke, atau sebab penat anak2 meragam coz demam ke, semua food rasa x fresh. haih.

Yang bawah ni pic masa 1st time ktorg datang. Puas ati giler masa nih..

Burpp. kenyang lunch ni ha.. 

Regards, Mommy Hannah Damia & Ariq Emir

Labels: , , , , , , ,