MAH PUNYA PASAL!

Assalamualaikum.

Memang kecoh sangat cte Mah ni. Boleh baca sini > SINAR HARIAN

Lepas viral kes nih, macam2 la komen orang kan? Termasuk lah Mommy.

Siap ada reka cerita sambil kait business sendiri. Haha. Itu strategi yang agak bijak la. Bijak ambil peluang!

Ok. Meh kita kaji kisah Mah, Laki Mah & Janda tu.

Mula dengan kronologi cerita dorang:

1. Suami romantis, anak2 bahagia, selalu dapat surprise.
2. Kantoi birthday card berbaur cinta giteww.
3. 10 tahun ditipu = Zina selama 10 tahun.
4. Punca utama berpaling cinta > kecantikan pudar > x jaga diri > x jaga batin suami > kuku kecut > rambut busuk > kaki bengkak sebab lemak > badan berbau
5. Compare dengan janda > jaga badan > jaga setiap inci sampai ke tempat sulit
6. Ayat last : "Abang berdosa dengan Mah. Mah berubahlah. Cari semula kekuatan Mah sebagai seorang perempuan. Sekali lagi, dari lubuk hati yang paling dalam... abang merayu Mah pulangkan semula isteri abang yang cantik, yang menghargai dirinya luar dan dalam... abang merayu..."

1st, wanita jangan mudah melatah / marah.

Eh.. Mommy pun wanita jugak. X terasa ke??

Sape cakap x terasa? Ayat Mommy yang pertama ialah "jantan gini x layak disimpan". X cukup marah ke? kihkih

Senang camnih.. kita cakap bagi 2 belah pihak.

Wahai suami,
Ketika anda lafaz aku terima nikahnya itu.. anda telah pun berjanji akan terima seadanya isteri anda. Anda ada amanah yang diberikan oleh ibu bapa isteri anda. Anda terima amanah tersebut. Anda jadi imam kepada isteri, anda jadi ketua keluarga. Anda pembimbing isteri & anak2. Anda yang dipertanggungjawabkan utk tanggung segala dosa2 isteri & anak2 anda. Sebab itulah tanggungjawab suami/bapa itu berat. Suami jangan anggap si isteri itu hamba. Jangan anggap isteri tu hanya tukang kemas rumah, tukang masak, tukang jaga anak sahaja. Isteri itu pasangan anda. Susah senang dikongsi bersama. Even cerita "saya berak keras" pun boleh jadi topik untuk sembang bersama. Apa salahnya???

Wahai isteri,
Dan ketika anda telah sah menjadi isteri, segala keperluan suami perlu dijaga. Bukankah berhias demi suami itu dapat pahala?

Wahai suami,
Dalam melayari rumah tangga, komunikasi adalah perkara PALING PENTING. Segala perkara, kegembiraan, kesedihan, atau apa sahaja disampaikan melalui komunikasi. Anda komplen isteri busuk, hadiahkan lah perfume. Jangan beri duit kalau tau isteri tu boros ke arah lain. Belikan. Bawa ke spa & saloon. Kot ye nk cover, cakap je la dapat duit lebih, nak Mah rest sebab penat jaga anak2. Y not. 
X ke semua tu boleh selamatkan keadaan?

Wahai isteri,
Walau penat bagaimana sekalipun, tolong la mandi, syampu rambut. Xkan yang tu pn xle pk? X perlu mekap sakan pun. Cukuplah bau sabun & wangi rambut tu! Pakai deodoran. Nyah bau. Wangi bukan jika hendak keluar sahaja.

Wahai suami,
Kalau tau kuku tu smpai kecut, apa kata take turn awak tu masak, basuh baju, sidai kain, setel anak tengok. Kecut jari nih kalau basuh baju guna tangan, so belikan mesin basuh! Kecut jari sebab kena sental toilet, u take turn la jangan bagi isteri je selalu buat! Kecut jari basuh pinggan, so bagi la masa utk isteri x perlu masak sehari dua. Bagi isteri pegi lepak dengan kawan2 ke sekejap. Anak2 pun kamu setelkan tengok. Pastu kamu nilai penat atau tidak.

Wahai suami,
Kalau rasa wife tu naik berat badan, ajak la g senam sama2. Bukankah ia boleh eratkan lagi hubungan, anak2 pun hepi g taman bukan??

Semua nih kena amek teladan.

Laki Mah nih salah sebab x cakap awal2, siap pegi berzina, semua nih boleh setel awal jika kamu BERKOMUNIKASI at the 1st place!

Positifnya kita jagalah diri. Nak solat pun kena bersih & wangi kan???
Tapi, kalau nak jadi jugak walau kita xde salah gtu, xle nak cakap apa la kan? Dasar xde iman lah tu!

Regards, Mommy Hannah Damia & Ariq Emir

Labels: ,