SELAMAT HARI LAHIR YANG KE 2 SAYANG (ISI HATI MOMMY)

Assalamualaikum.

Hari ni, 28 Nov 2014, merupakan hari lahir anak lelaki Mommy yg satu2nya itu. Ariq Emir bin Haris Anuar.
 

Adik,
xde party hebat pun untuk adik.
xde DIY party sebagaimana yg Mommy pernah buat untuk kakak masa 2nd birthday dulu 
xde kek tempahan mahal2
xde costum
xde pun pakaian baru buat sayang malam ini

Maafkan Mommy anakanda.
Mommy bukan beza2kan adik & kakak.
Mommy sentiasa nak samaratakan adik & kakak.
Cuma kita buat cara sederhana.
Kos hidup sekarang makin bertambah.
Komitmen Mommy Daddy, jika adik sudah faham, pun makin bertambah.

Siapa x kecewa kalau x dapat buat apa yang diimpi?

Mommy Daddy mampu belikan adik cupcake ini..
Seboleh2nya Mommy cuba gembirakan adik.

Adik cuba berdiri depan cupcake ini malam tadi. Adik igt api lilin tu biasa2 sahaja.
Tahu apa yg adik buat?
Adik tepuk lilin tu. Tangan adik kena lilin yg panas tu.

Adik nangis. Mommy teringat CPR yg Mommy join di opis hari tu. Mommy terus lari2 bawak adik ke sinki & biar aliran air lalu kat tangan adik. Mujurlah x melecur.

Adik langsung xnak dok dekat lepas tu.

Semua gambar jauh2. Adik duduk atas sofa. Amuk. Tapi Mommy bagi fon Mommy kejap. Layan vdeo pasal "saat2 akhir Rasulullah SAW". Memang adik akan leka & diam walaupun video itu cuma tulisan & musik, & ambil masa selama 10 minit. Amazing.

Adik,
Kakak keep on nyanyi "Happy Birthday To U", walau pelat tu mcm x betul je English tu, tapi kakak tau masa ini adalah untuk semua orang hepi.
Semua orang.. HEPI!! (*__*')
TAPI
ada.. yang x hepi pun!

Tq kakak yg sgt support Mommy. & even tlg snap pic Mommy & adik. Pakai DSLR uols. Kakak mmg talented.

Perasan x? Perasan x?

Adik & Hanger?
 Ye dik.. Dari kecik, sejak adik pandai duduk, adik memang suka sangat twist2 barang. Goncang2 tu standard budak2 buat, tp adik x. Adik twist. Macam kekdah orang yang lead Marching Band tu. Pusing2 rod tu. Adik pusing2 hanger. Even x yah tengok pn, bukan main laju adik pusing2. Even kakak pn x terer cam adik. Hiii.

Adik x caya?
Nih bukti..
Pegi umah pengasuh, duduk dalam rumah, ini yg Mommy terjumpa la dalam fon Mommy. Dalam hard disk Mommy tu, mungkin ada banyak lagi dari kecik.

Even Hanger ni dijadikan umpan utk adik masa di rumah pengasuh. Hii.

Adik,
Minggu depan Mommy Daddy ajak bercuti ke Colmar Tropicale. Ini memang rezeki adik tahun ni. Sebab tahun lepas Mommy ada rezeki lebih utk bawa ke Melaka. Mommy igt, tahun ni memang xkan ke mana2. Kos kakak nak masuk tadika tahun depan lagi. Isk. Sian adik. Tapi, tup2 Daddy cakap company Daddy hadiahkan percutian masa Team Building Daddy tu. Daddy hebat & outstanding. Sebab tu dia dapat hadiah tu. Adik kena say TQ kat Daddy tau.

Mommy Daddy bukan orang berada sayang. Nak hadiahkan barang2 mahal, Mommy terpaksa hold & put in plan first. Kalau ada rezeki, pasti Mommy beli utk anak2 Mommy. Itu janji.

Buat anak2 Mommy,
Kakak & Adik.
Ingatlah.
Bukan senang nak menjaga kalian dalam kandungan.
Mommy syukur xde alahan sepanjang kandungan, tapi sakit2 & berat bawa kalian memang ada.
Kelahiran kakak yang ambil masa 12 jam. Bertarung nyawa sehingga perlu tambah darah.
Kelahiran adik mungkin mudah. Tapi, adik pula sentiasa Mommy kena bw check up starting jaundis sampai sekarang utk kes Alpha Minor Thal pulak.
Ujian Mommy Daddy memang bermula selepas kelahiran kamu berdua.
Selalu demam, sensitif, dan Mommy dah macam doktor dah kaji setiap ubat2an kamu.
Allah sentiasa ada untuk tolong Mommy Daddy.
Kadang Mommy rasa nak giveup. Tekanan kerja, tekanan ditolak gaji sebab menjaga kalian yang sakit, tapi semua itu Mommy terpaksa biarkan ia berlalu.
Sekarang, ujian buat Mommy Daddy untuk mendidik kalian.
Didik menjadi anak yang mendengar kata & bijak.

Walau kalian sudah besar nanti, ingatlah segala jasa orang tuamu.

Mommy Daddy sayang kalian.

Oh ya adik.. Bila nak stop minum susu badan nih? Mommy xle nak berisi lah camnih?? T__T
p/s : Pagi ni nak buat penkek kat AE. Terlajak api. Hangit. Mommy frust. Terus x bagi bekal sarapan pun. Sori sayang.
Regards, Mommy Hannah Damia & Ariq Emir

Labels: , , , , , , , ,