SURVEY TADIKA UNTUK HANNAH DAMIA

Assalamualaikum.

Hannah Damia sekarang dah 4 tahun 1 bulan 3 hari dah. Syukur dah besar dah anak Mommy. Bab makan je seksa lagi. Hmmm

Dari kecil, HD nih bnyk pindah randah nurseri. Haha. Dari Taska Gemilang (2011), Sinar Kasih (2012) kemudian ke Taska Taktih. Masa kat taktih ni, sebab AE dah lahir. So Sinar Kasih xle terima baby dah. So terpaksa la hantar ke taska yang boleh accept baby. Dengan taktih pun dari tahun 2013, sampai March 2014 je. Kemudian hantar ke Tadika Mutiara Bestari nih sebab owner accept 2 beradik. Cuma AE x lama. Dari March - July je. Tadika tukar owner kemudian rules baru xnak accept toddler dah. Kena 3y above.

So, berbalik cte HD sepanjang 2014 nih, beliau di Tadika Mutiara Bestari dalam apartment Mommy nih. Banyak sangat perkembangan bagus beliau. Alhamdulillah. Leh dah la sembang2 mcm orang dewasa. Cewah. Sikit2 ja la. Sebab dia kinda lambat  jugak nak boleh cakap betul2. But, normal lagi kot. Insya Allah. Sekarang cakap non stop sampai kena suh stop jap. Suh tarik nafas. Hahaha

HD pun dah x pkai pampers dah sejak selepas 4 hari beliau sambut birthday ke 4 beliau. Ada Mommy cerita kat SINI. Sekarang nih, tido memang x pkai pampers gak siang hari. Malam je kena berhati2. Kadang2 terlepas jgk. Adeh.

Berbalik cerita HD di tadika sekarang nih, Mommy tengok memang banyak aktiviti yang cikgu buat. Kreatif2 belaka. Meh nak share sket2 hasil kerja kakak kat sana.

Ini gambar masa 1st day hantar tadika nih, 03032014
Happy je till sekarang. Syukur. Cikgu pn baik2.








































Tersangat gembiralah kakak di sini.

So, berbalik kepada tajuk di atas, Mommy memang tengah survey tadika lain untuk dedahkan kakak kepada aktiviti2 ekstra. Contohnya pegi rombongan ke. Uhhh. Sonok. Ingat zaman Mommy dulu, darjah 4 baru reti bab2 rombongan tau wahai anak2. huuu

So antara tadika terdekat dgn rumah yang Mommy survey ialah Atfal Kids RM450 sebulan (Full Day), Dzul Iman RM450 sebulan (Full Day), Little Caliph RM390 sebulan (Full Day).

Haruslah pilih yang mampu shj. Itu pun harga lebih RM100 dari sekarang. Sekarang cuma RM290. Tskk Tskk. Demi anak.. ku relakan jiwaaaaaaaaa

Open day 16.11.2014 nanti. Tapi risiko fully booked tu ada sebab 15 orang je dorg amek utk 5y.

Sebenarnya Mommy survey LC ni on 10.10.2014 yang lalu. Hari ni baru decide nak pilih LC.
So, dengan pantas dan tuntasnya Mommy try wassap cikgu kt LC tu, tnya masih ada kosong ke x. Alhamdulillah dia kata masih ada. Memang simpan tempat utk Hannah kot kan???

Insya Allah.

Petang nih nak g book!

feedback kawan2 pun kata LC bagus sebab silibus dia memang sama utk setiap LC. Bezanya harga ikut kawasan la kot.
Regards, Mommy Hannah Damia & Ariq Emir

Labels: , , , , , , , ,