DAY 4 : KAKAK XNAK SEKOLAH!!!!!!

Assalamualaikum.

Macam seronok plak update hari2 perihal kakak & sekolah. Haha. Uols boring ke? X kan? Hahaha. Yakin je.

Kronologi kakak pegi tadika Little Caliph nih

29/12/2014 : Orientasi 1st Day
30/12/2014 : Demam so kena cuti
31/12/2014 : Last Day Orientasi
2/1/2015 : X tahu yang boleh hantar HD ke tadika tu. Daddy cuti utk jaga beliau hari tu. Hukhuk.

1ST WEEK
5/1/2015 Day 1: Officially jadi student LC utk hari pertama. Bawak bekal tapi x bersentuh pun. Buang je oat & pisang tu. Sedih. Masuk je kereta terus cakap, kakak nak susu. Sampai rumah, kakak nak oat. Macam kebulur.
6/1/2015 Day 2: Daddy hantar ke sekolah masa nih. Petangnya, Mommy ambil. Cepat2 masuk kereta. Cakap nak susu boleh x Mommy? Sabar jap ye kakak. Kita pegi ambil adik dlu. Pun macam kebuluran.
7/1/2015 Day 3: Mommy hantar. Rabu pakai baju sukan. Kakak masa nak pergi tu asik sebut xnak pegi. Tetiba dia cebik muka & nak start nangis. Bila sebut jap lagi nak main, baru ok sket. Sebenarnya Mommy hantar pagi ni selepas malam tadi BERBALAS WASSAP dgn owner tadika. Perihal label pakaian yang Mommy agak stress tengok. Tanda dengan marker sampai kaler turun.
Ini perkara yang Mommy stress dari 1st day

SO, jawapan semalam ialah STANDARD kena tanda gitu. Lama2 akan luntur. Wuhuuu. Luntur sangat ye dengan permanent marker. Ermmm.
Dah la baju kotor x pernah nak faham2 orang suh letak dlm beg asing. Semalam, towel terkena air kencing, main letak je dalam beg. X bilas pun. Hancing bila bukak! Grrr

So, today
8/1/2015 Day 4 : KEMUNCAK TRAUMA
Memang dari rumah dah start amuk. Xnak bangun tido. Xnak mandi. Xnak pakai baju sekolah. Pujuk dengan Mommy buat susu ok? Baru ok. Baru mau pakai baju. Tapi, amuk start balik masa dalam kereta.


Sampai hentak2 kaki cakap "Kakak xnak sekolah!!!"


Mommy tanya cikgu marah ke? Dia jawab x.
Mommy tanya kakak kena pukul ke? Kena hanger ke? Dia jawab x.

Dah tu???


Terpaksa dukung bila dah dekat dengan gate tadika.

Sampai je kat gate, lagi kuat rangkulan dia. Cikgu terpaksa tarik jugak. Tapi, Mommy kali ni dah pesan banyak kali, tolong bagi Hannah minum susu (botol susu semalam x terusik langsung), tolong bagi dia makan bekal (oat dia). Cikgu siap tanya balik "eh.. dia ada susu ke?" Allah. Mula la mcm2 dlm hati Mommy nih. Dah bagi sebekas besar kot utk susu! Nampak gaya kena mintak balik bekas susu tu. Akan ku bekalkan setiap hari sukatan untuk 1 hari je.

Mommy rasa, kakak tahan lapar. Sebab kakak Picky Eater. Kalau dia tengok makanan x menyelerakan tekak dia, dia xkan makan. So normally Mommy akan replace dengan susu ke, biskut ke, asal makan. Tapi kalau dah cikgu bagitau "dia makan sikit je puan". dah pulak Mommy tengok botol susu x terusik, ko rase????

Padanla kebulur setiap petang.

Esok Mommy akan prepare nasi lemak & telur, susu ikut sukatan! Tekad!

Dalam masa yang sama, Mommy kena doa banyak2!

Mommy bukan nak komplen macam2 pun. Tapi, budak2 nih kita kena pandai saiko. Harap2 lepas nih semua berjalan lancar. Amin.

Regards, Mommy Hannah Damia & Ariq Emir

Labels: , , , , , , , , , , ,