DAY 3 : HARI RABU IALAH HARI SUKAN

Assalamualaikum

Nantilah ye Mommy cte pasal kekecewaan label baju sekolah kakak. Huu. So hari ni, hari rabu ialah hari sukan. So anak2 dikehendaki berpakaian sukan.

Memandangkan Mommy akan cerita kemudian hari mengenai label pakaian nih, Mommy nak tunjuk ni satu je. Mommy jahit sulam (kihkih..sulam sangat) jelujur je pun baju & seluar sukan kakak nih..



Pagi tadi lain sket mood dia. Mula2 sporting je snap2 kan..

Ni depan tadika..


Posing ni bukan Mommy ajar. Ye. Dia memang pemerhati tegar (Mommy bersalah jugak la.. haha)


So, mood dia lain macam masa smpai tu. Masa Mommy tengah borak2 ngan cikgu pasal 'kekecewaan label baju sekolah', tetiba kakak mcm bergenang air mata. Aik? Apahal nih kakak? Dah kenapa nak nangis tetiba. Mommy lak dah cuak. Lepas tu bagitau, xpe kakak. Jap lagi kakak kena main tau. So, baru ok.

Apa yang Mommy fikir is, masa beliau 4y, dia di tadika yang sentiasa beraktiviti & belajar ABC segala in which semua dah dia master. So, bila masuk ke tadika 5y, yang Mommy rasa lebih kurang aktiviti, dia agak boring kot. Tapi xpe. Mommy percaya, nanti kakak akan biasakan diri. Sebab kat sini lagi banyak aktiviti. Kakak boleh belajar solat betul2.

Semalam saja tanya:
Mommy : kakak, belajar apa tadi?
Kakak : kakak belajar ABC, solat, kakak makan, tido, bangun, mandi, kakak solat, main.

Pergh. Senarai lengkap & Mommy x expect dia jawab gtu. Huuu

Good luck kakak. Mommy tau kakak kental & bijak! Amin.

Regards, Mommy Hannah Damia & Ariq Emir

Labels: , , , , , , , , , ,