JAGA POKOK KAKTUS #1MEJA1POKOK

Assalamualaikum

Minggu lepas masa meeting, bos mommy sarankan "1 meja, 1 pokok". Untuk bagi semangat KERAJINAN agaknya. Nih la penangan main henset masa meeting. x dengar apa org cakap time tu.. Tettttt. Hahah

So, Mommy sahut cabaran..

Mommy pegi beli kaktus2 nih kat nurseri area MRR2 tu. Tepi jalan je.

Haha. Ada orang kata, kaktus utk orang sibuk dan malas (read kosmo)

Eii. Sentap mak!! Mak memang la malas! Hahahahah.

So, dalam plan nak buat camnih..
(mommy ni bab planning mmg beria2. tu yg kadang tu kos melampau. sob2)

Tapi, kaler2 nih memang Mommy x jumpak sangat. Kalau nak jugak, kena p Cameron Highland kot.

Mommy terbaca nih:
Umum mengetahui bahawa pokok kaktus biasanya berwarna hijau tetapi, anda boleh menemui kaktus yang berwarna kuning, putih, merah dan sebagainya. Bagaimanapun pokok kaktus ‘generasi baru’ itu sebenarnya tidak boleh hidup dengan sendirinya tanpa bantuan kaktus hijau. Kaktus berwarna selain hijau umpama parasit yang menumpang pada kaktus hijau untuk sumber makanan bagi meneruskan survival.
So, ok la Mommy beli hijau2an dulu. Jumpa satu je yang kaler pink tu.. Huuu. Cita2 sangat nak kalerful cam kat atas tu. Hikhik


Mommy beli pasu kaca nih.. & transfer all dlm tu..

So, tiba masa untuk tahu cara jaga pokok kaktus nih:

1. Jangan kerap siram. Seminggu sekali je. Untuk elak kelembapan melampau, then akhirnya akar busuk & mati. Eh melayang la duit Mommy. 1 pokok RM5 kat nurseri KL nih.
2. Cara siram ialah SPRAY sahaja kt tanah pokok tu.
3. Baja 2 minggu sekali. Mommy beli baja kopi. So, leh guna untuk pokok RJ Mommy gak. Hiii. X kerap sangat membaja pun xpe takut layu plak pokok kita.
 4. Elakkan basahan atau kekeringan melampau. Kering melampau leh tau melalui pokok tu dah gelap2 terbakar. Ooo. itu maciamm ke.. Hahaha
5. Camne nak tau kaktus kita lembap? Hujung tu mcm lembik.
6. Say NO to Tanah Liat.
7. Kalau beli kaktus kat Cameron tu, kena bia dlu dalam 2 bulan, baru tuka pasu. Takut dia terkena kejutan budaya (iklim).

Ape? Ingat jaga kaktus ni untuk orang malas ke? Ubah sket pemikiran tu. Sebab jaga kaktus perlukan kita untuk :
1. Prihatin tentang ciri2 jaga
2. X mudah putus asa dalam menjaganya
3. Kena komited dalam menjaganya

CHAIYOKK MOMMY!

Oh.. Ni RJ yg Mommy beli sekali dengan pokok kaktus. This time Mommy beli jenis bunga besar.

**************************
IKLAN SKET

Tahukah anda. Mommy ada jual shawl di SS SCARF. Ini latest produk yang Mommy jual. Limited stock. Nanti Mommy update pattern lain lagi yer..
 Regards, Mommy Hannah Damia & Ariq Emir

Labels: , , , , , , , , ,