4. Main cars
Therapist trace yang AE ada masalah dari segi
behaviour. Bukan dia bad boy ke apa. Tapi lebih kepada TIDAK TAHU CARA BERMAIN. Barang2 yang dia suka main selalunya dia akan baling2. Mungkin dia ingat selama ni semua item itu cara mainnya seperti bola. Masa dia main aktiviti2 kat atas tu, setiap kali kita interrupt dia, dia akan samada baling item tu, atau amuk. Potong stim kot.
Contoh:
1. Lego - fokus mula2. ikut apa yang kita buat. lama2 boring & xnk folo dah
2. Masak2 - pun sama
3. Air - ini paling suka. Sejuk2 pn dia tetap celup tangan, kocak2 tangan kt air tu. Masa ST masukkan duck/frog, dia nak baling toys tu keluar (nampak x suka diganggu)
4. Cars - dia x baling la pulak. Sebab ni terbiasa main kat rumah. Sorong2 depan dia.
Satu faktor UTAMA yang mungkin mengganggu dia masa tu ialah AIR COND yg super sejuk. X tenteram dia. Lepas ni kena bawak socks!
yang xde prob is main cars. Sebab dah biasa. So point kat ctu is TAK TAHU MAIN rupanya.
**************************
So, apa yg Mommy kena buat is
DEALING HIS BEHAVIOUR first.
1) AE suka SHOUT, CRY & EXTEND BODY
- so apa yg Mommy Daddy kena buat ialah BE FIRM & USE SHORT SENTENCE
- ekspresi wajah kena ala2 TENSE tapi idok ler kena jegil mata. ngee
- TOTAL IGNORE masa dia cry/shout. Distract beliau dengan ajak main
2) Play VARIETY TOYS
- so masa dia THROW something tu, SAY NO (in FIRM voice tone & TENSE face)
- then PLAY SOMETHING (satu persatu)
3) DESCRIBE/LABEL
- apa yang AE buat & apa yang MommyDaddy buat
4) Use
short sentense, sounds & movement kena ada masa main dengan AE
Insya Allah. Semua nih kena setelkan dalam masa
sebulan sebelum 3rd session on 6.5.2015 nanti.
PRAY FOR US PLSSSSSSSSSS
*********************************
Now Mommy ada task untuk RESEARCH
"BEHAVIORAL INTERVENTION STRATEGIES/ MANAGEMENT"
Terjumpa blog
↓
INI
Masalah pertuturan berlaku disebabkan oleh faktor fizikal juga mental.
Faktor fizikal termasuklah seperti seseorang yang mengalami masalah
sumbing. Manakala faktor mental, adalah seperti mereka yang
dikategorikan mengalami
masalah pembelajaran. Masalah ini perlu diatasi
supaya golongan ini dapat memperbaiki kualiti hidup serta tampil dengan
keyakinan diri yang tinggi dalam hubungan bermasyarakat.
ALAT BANTU TERAPI PERTUTURAN (INTERVENSI AWAL)
Ibubapa yang mula mengesyaki berlakunya kelewatan pertuturan pada si
anak, sebaik-baiknya jangan berlengah lagi untuk melakukan sendiri
intervensi awal. Kekadang, dalam tempoh kita mendapatkan pengesahan dari
pihak yang berkepakaran tentang permasalahan si anak, secara tidak
disedari kita telah membuang masa dalam membantu perkembangan
pertuturannya. Lakukan sendiri di rumah dengan alatan yang mudah
diperolehi di pasaran bagi
melatih pergerakan dan keupayaan mulut
mereka. Yang penting, pastikan alatan ini berupaya menarik perhatian si
anak serta selamat digunakan. Mudah diperolehi, lagi pun murah
harganya! Antaranya ialah :
Jika kita berkemahuan dan berkesungguhan, langkah yang seterusnya
haruslah diteroka seperti idea-idea yang biasa digunakan oleh ahli
terapi. Perabut baru, kereta besar lagikan mampu dimiliki, inikan pula
hendak berbelanja seringgit dua demi masa depan si anak. Usaha ibubapa
yang berterusan amat diperlukan bagi merangsang anak-anak untuk
bercakap. Alat bantu lain yang mampu dimiliki oleh kita seperti :
Sebenarnya pelbagai bahan lagi boleh dijadikan alat bantu kepada sesi
terapi pertuturan. Cuma daya kreativiti kita diperlukan untuk
menggalakkan mereka bertutur dengan betul. Sebagai ibubapa, jangan
mengharapkan guru atau ahli terapi sahaja yang mengendalikan sesi terapi
pertuturan. Kita juga harus melengkapkan ilmu serta membantu anak-anak
kita semasa di rumah seperti melayan mereka bercakap dengan betul.
Jangan sekali-kali memperlekehkan anak-anak ini kerana ia boleh
melemahkan semangat mereka.
Anak-anak istimewa dianugerahkan hanya buat ibubapa yang istimewa untuk
menyahut cabaran membesarkannya. Yakini pada janji Dia yang Maha
Mengetahui.....kita mampu sebenarnya melaksanakan tanggungjawab itu.
Jangan tangguh-tangguh lagi, lakukan sendiri terapi pertuturan di rumah
sambil mengeratkan kasih sayang dengan si manja kita.
credit
DOAKAN MOMMY DADDY & AE ookkkkk?????????