SAKIT GIGI KALAH CONTRACTION!

Assalamualaikum

Semalam memang xde mood langsung. Start denyut2 kt gusi macam x slesa je dari lepas sahur. Nak tido balik dah x boleh. Pastu dok opis pn mmg xde semangat nak cakap, so hikmahnya keje banyak setel semalam. Haha.

Then, lepas berbuka, denyutan start makin kuat. Masa ni serius mcm contraction je. Even contraction ada la minit2 dia jugak. Ni xdak laaaaaaa.. Terus denyuttttt macam nak gila!

Ketuk kerusi, meja masa makan. Ketuk kusyen kereta masa Daddy tgh drive. Mmg Daddy x ckp banyak la. X tanya dah nak bawak p Dentist mana. Sesia je Mommy buat survey. Haha. Last2 dia bawak g dentist yang Mommy biasa pegi. Ish.. Punya lama la x lawat dentist sbb cuak gigi lubang. Dari 2011 rupanya rekod Mommy kat ctu. Pergh.. Sejak keje CLJ la. Huuu.

Klinik Pergigian Lina, Melawati. Atas Achik print.


Sebelum tu, 6 bulan sekali memang wajib g dentist untuk scaling segala. Masa zaman bujang, stay kat subang pun rajin g dentist. Sampai sekarang la dentist kt Subang tu asik call. Tanya bila nak datang? Haha.

So, masuk dlm, dia tanya sakit ke? Tanya lagi dentist ni, Mommy jwb sakit kalah nak bersalin ni doc!
Dentist tu gelak je. Hii.
Mula2 check terus x cakap banyak dentist tu, kita kena cabut dua2 gigi tu. Adeh..

Mommy ada lebihan gigi sebelah dalam tepi geraham yang berlubang tu. Mommy riso gak kalau cabut yg dlm tu sebab isi gusi dah bersambung kat ctu. Xpe ke. Hmmm
So sakit punya pasal, ku redha & redah.
Mommy bila dah berserah, takut tu cam hilang la plak! Hahaha.

So, masa tu dentist nak bius. Dia cakap sakit sikit ye. But then, dok tunggu, bila nak cucuk ni. Rasa cam jari dia tengah bkk mulut je. Bila nak cucuknya. Tengok2 siap. Uikkk?

Tu satu. Then dia bagi bius lagi sebelah dalam tempat nak cabut tu. Pun dia cakap cmtu gak. Bila nak cucuk? Tengok2 siap!

Pergh! Slow & smooth je apa yg dia buat.

Tapi, bila masa nk longgarkan gigi, huuu.. 3x Mommy pegang leher smpai dentist tu kena stop jap.
Urat leher Mommy tegang. Macam sangkut urat ms tgh cuba goyangkan gigi dlm tu.
Nurse pun siap pegang kepala Mommy. X bagi keraskan badan. So, lembutkan la badan tu sket. Hiii.

Akhirnya.. lahirlah kembar tu. Kahkah.
Darah non stop!

Saje blurkan pic. Haha

Kapas dia bagi sampai 3 bungkus, kejap je Mommy nak habiskan. Mana tahan der. Darah banyak!
Balik tu gatal kumur. Padahal nurse dah pesan jangan kumur. X tahan der. Kotor. Hahaha.
Kumur air ais plak. Kurang skjp la kua darah tu.

Nak tdo, memang kena telan ponstan. Ntah masa bila HDAE tido, xtau la. Hahaha..

Bangun pagi, still rasa sengal2. X selesa mulut. Hmm
Mommy rasa, ini pertama kali Mommy rasa sakit gigi yang amat. X pernah ada prob gigi dari kecik.

Nah kau.. sekali sakit.. kalah nak beranak!
T___T

Regards,
Mommy Hannah Damia 'n' Ariq Emir

Important :
- Declaration of images are the intellectual or personal property of the blog owner; YB Shehan.
- Declaration of image usage is strictly prohibited without the written consent of the blog owner; YB Shehan. Failing which may result in possible legal action against the involved party using the image.
- Declaration of editing or removing the watermark on image(s) is strictly prohibited and automatically qualifies as breach of intellectual property of the blog owner; YB Shehan.

Labels: , , ,