MY NEW YORK SKIN SOLUTIONS EXPERIENCE

Assalamualaikum

Actually dah beberapa kali dpt email dari NYSS ni. Cuma masa birthday baru2 nih ternampak email & tergerak hati untuk redeem. Benda free, sape xnak?

Tambah2 plak word 'BIRTHDAY' ada di situ. Memang ku click lah.. Haha

So, nak dijadikan cerita, lepas redeem via web tu, dorang call untuk book appointment. So, weols agree la on 13.6.2015. Mommy pun tanya berkali2, free kan? Free? Hahaha.. Dia kata yes, for your birthday. Ok. Lega sket.

nampak x. free je lajuuuu..

So, pada 6.6.2015, Mommy pun pegi la NYSS ni. Then cakap ada appointment.

Uols perasan sesuatu x??


Haahaha.. Ye. Ye. Mommy pegi seminggu awal!! Kahkah.

Very the confident sebab email Mommy select 6.6.2015 & terus info Daddy via wassap. But masa dorg call utk book tu, dorg dah mention on 13.6. Yang tu Mommy lupa nak bgtau Daddy.

So b4 pegi tu, double check wassap Daddy memang nampak date 6.6. lah. Hahahaha.

Nasib baik la dorg sudi tuka date on da spot. Haha.

Mommy pegi sensorang je ke NYSS KL Festival sebab sesi nih katanya amek masa 3 jam.. So Daddy jaga anak2. AE pun bagi kerjasama lepas tu. Tido dari Mommy pegi sampai balik. Hiii. Struggle sekejap Daddy cakap masa Mommy pegi tu. Dok rengek2 depan pintu. Wonder mana Mommy pegi kot. Hmm

So, 1st thing yang Mommy lalui is consultation dengan Ms Joey, consultant dorang. Serba sedikit info dia tanya dari kerja sehingga lah rutin penjagaan muka.

Ayat menusuk yang dia tanya
"selalu pegi buat skin treatment?"
jawapan : X de pun selalu

"bila last pegi?"
jawapan : last pegi masa nak kawen

OMG! Mommy sendiri yang terkejut. Hahaha. Bapak lamaaa!!

So, bila consult tu, dia tanya jugak produk skincare yg Mommy pakai, any supplemen, etc.
jawapan : MARY KAY skincare products and VCO je utk supplemen

So, dia start la scan in details kulit kita. Siap nama bulu2 muka ok!!
Dari dahi (kering & oily)
Dari hidung (nampak black, white, grey, blue head. hahaha. Ok black head je)
Dari pipi, ini dia!
Pic atas external tu pipi, dan pic bawah external tu pulak skin bahagian lengan Mommy.
Katanya, lengan kita (sebelah dalam) adalah kawasan collagen yg terpelihara gtu. Nampak x beza??
Bahagian collagen tu masih cantik berkotak2 garisannya.
Cer compare bahagian pipi.

Ngeri.
No wonder ramai pentingkan COLLAGEN!!!
Seriussssssss!!

Nak kena start makan COLLAGEN CATALYST balik nih. Adeh

Lepas scan tu, iols pun kena lah pegi bilik treatment. Suh berkemban tapi kainnya masya Allah BESAR nau. Macam kemban pakai kain batik. Padahal jenis sarung getah!

Ok2. Mommy yg kecik. Hahahahaha

So treatment start dengan cuci2 segala dulu, pastu steam (kenapa eh cold steam? lupa lak tanya. tapi memang dorg ada cakap la cool steam)
Then dia bagi rest sampai rasa nak tertido masa pakai mask tu. Mommy dengar, ada orang sebelah siap berdengkur. Mak aihhhhhhhh.. Nape Mommy xle tdo pun? Hahahaha.
Tapi memang sleepy gak la. Plus sejuk gilss!

Then lepas steam kali pertama tu, dia picit2 la jerawat. Since it's cold steam, mungkin kulit pun xberapa mesra lembut sangat. Proses memicit jururawat & head2 tu agak sakit. Terherot2 mulut tahan sakit. Kihkih. Tapi finally, jerawat degil yg dlm pipi tu terkeluar la. Katanya besar. Now dah xde.
Lega!!

So masa nih, dia ada snap pic. Konon kekdah cam b4 & after la. Hee. Bahagian muka ja.

Then, sambung ke proses collagen treatment. Yang ni bes gila lah. Dia golek2 mesin dia tu sambil tekan2 kt pipi kita. So macam nak tempek collagen la kekdahnya. Sapu2 sampai serap. Kalau sentiasa amal, mungkin akan nampak kesannya.

Snap lagi pic selepas buat collagen treatment nih..

So lepas hampir 3 jam, setel lah. Masuk semula ke bilik consultation. Tengok muka sendiri, tengok dalaman kulit semula, compare dengan yang masa datang tadi.

Dari mata kasar Mommy, xde lah beza gila2 but since Mommy baru je balik dari holiday kt PD seminggu sebelum tu, Mommy nampak kesan muka terbakar Mommy dah kurang. Makin cerah semula & kulit memang super duper lembut la.

X caye lembut? Suh Daddy kiss balik tu. Kiss pipi je la. Test.
Memang lembut.

Opss.

Hahahaha

Haa. Lupa plak nak cte. Masa dalam consultation room, dorang ada pujuk suh amek pakej untuk kekalkan KECANTIKAN. Hahaha

Pakej start RM3800, RM2800, RM1800, RM900/RM1000

Mommy dah tertarik sebenarnya utk pakej yang paling murah tu. Cukup lah kalau dapat buat Collagen Treatment semata tu. Tapi sebab kena byr upfront half, memang xnak lah.. Hahahaha.

Nak beli set produk dorang, RM500. Memang x la!!
Mak x mampu.. lagi!

So, memandangkan Mommy memang tengah cari skin care yang murah sket dari Mary Kay, Mommy jadi la member dorang sekejap. Hii. RM53 xyh renew katanya. Lifetime.

Itu pun gigil nak bayar. Kedek tapi nak cun. Kahkah.. Nampak pic gegar?
Gigil x abeh lagi la tu.
kahkahkah.

Kelebihan jadi members ni ialah dapat 50% less untuk beli produk mereka. Item satu2 tu leh dapat less than RM100. So compare Mary Kay yg Mommy pakai skrg, satu item je dah RM100++. Pitam

So, Mommy dapat trial pack nih. Ada cleanser, toner & moisturizer. Ada lagi item yang Mommy kena cari iaitu sunblock. Hmmm. Rupanya penting jugak sunblock pun. Haih. Kenapa x tau awal eh? Hahahahha.
Sebab.. bila dah tua nih la nampak cm kulit kurang 'makanan'

Mommy guna cleanser dorang dengan Pobling Mommy nih..
Since Pobling ni leh guna 2/3 kali seminggu, so merasa la juga konon2 perasaan macam buat collagen treatment. Cuma versi bulu lembut lah pobling nih. Haha.

So, dah hampir seminggu Mommy pakai. Apa yang Mommy alami is NYSS ni lebih kurang cm Mary Kay jugak. Less buih means sangat bagus!!

Haaa. Kena hunting for NYSS product lah nampaknya.

Happy for this wonderful experience!
Tq NYSS!!
Regards,
Mommy Hannah Damia 'n' Ariq Emir

Important :
- Declaration of images are the intellectual or personal property of the blog owner; YB Shehan.
- Declaration of image usage is strictly prohibited without the written consent of the blog owner; YB Shehan. Failing which may result in possible legal action against the involved party using the image.
- Declaration of editing or removing the watermark on image(s) is strictly prohibited and automatically qualifies as breach of intellectual property of the blog owner; YB Shehan.

Labels: , , , ,