MESEJ MAKAN SECARA SIHAT SEMASA RAMADHAN & HARI RAYA

Salam

Mesej Pemakanan Semasa Ramadhan

Mesej 1 Hadkan minuman manis ketika berbuka puasa. Amalkan makan secara sihat di bulan Ramadhan.
Mesej 2 Gantikan kuih dengan buah-buahan semasa berbuka puasa. Amalkan makan secara sihat di bulan Ramadhan.
Mesej 3 Kurangkan penggunaan gula ketika menyediakan kuih dan pengat. Amalkan makan secara sihat di bulan Ramadhan.
Mesej 4 Hadkan hanya satu masakan bersantan atau bergoreng semasa berbuka puasa. Amalkan makan secara sihat di bulan Ramadhan.
Mesej 5 Kurangkan minyak ketika menggoreng nasi, mi, mihun dan kuetiau. Amalkan makan secara sihat di bulan Ramadhan.
Mesej 6 Buang minyak berlebihan dalam kari, sambal tumis dan masakan goreng berlada. Amalkan makan secara sihat di bulan Ramadhan.
Mesej 7 Elakkan daripada mengambil telur masin dan ikan masin setiap hari. Amalkan makan secara sihat di bulan Ramadhan.
Mesej 8 Elakkan makanan dan minuman yang disedia menggunakan pewarna tiruan.
sumber gugel
Mesej Pemakanan Semasa Hari Raya

Mesej 1 Kurangkan gula, minyak dan lemak dalam penyediaan biskut dan kek raya. Amalkan makan secara sihat semasa Hari Raya.
Mesej 2 Hidangkan air kosong dan elakkan menghidang minuman berkarbonat. Amalkan makan secara sihat semasa Hari Raya.
Mesej 3 Pilih air kurang manis atau air kosong sebagai pilihan utama. Amalkan makan secara sihat semasa Hari Raya.
Mesej 4 Sediakan buah-buahan setiap kali menghidang makanan. Amalkan makan secara sihat semasa Hari Raya.
Mesej 5 Kawal pengambilan makanan anda, makan ikut keperluan. Amalkan makan secara sihat semasa Hari Raya.
Mesej 6 Kurangkan menghidang makanan yang bersantan, bergoreng dan berminyak. Amalkan makan secara sihat semasa Hari Raya.
Mesej 7 Pastikan sayur disediakan bersama hidangan utama. Amalkan makan secara sihat semasa Hari Raya.
Mesej 8 Hadkan pengambilan biskut, kek dan kuih raya untuk mengawal pengambilan kalori harian. Amalkan makan secara sihat semasa Hari Raya.
Mesej 9 Awasi berat badan anda. Amalkan makan secara sihat semasa Hari Raya.

Rasional

Amalan makan secara sihat perlu diamalkan sepanjang masa termasuk di bulan Ramadhan dan ketika menyambut Hari Raya. Amalan ini kadang kala diketepikan semasa berbuka puasa kerana memenuhi tuntutan nafsu makan setelah seharian berpuasa. Begitu juga ketika berhari raya, kita akan makan sepuasnya atas alasan telah berpuasa selama sebulan. Oleh itu, mesej-mesej yang ingin disampaikan meliputi beberapa panduan ringkas bagi meningkatkan amalan makan secara sihat ketika berpuasa dan semasa menyambut hari raya.

Sumber

Labels: , , , , ,