PULANG KE KL 12 JAM WEY!!

Salam

Bukan main happy baru2 nih Mommy cerita yang Mommy balik Kedah cuma 4 jam je. Boleh baca sini.

So selepas cuti dari sehari sebelum raya (16/07/2015), maka semalam (19/07/2015), berangkatlah kami pulang ke KL semula.

Bertolak selepas lunch & solat semua, around 330pm. Perjalanan mula2 lancar je.

Mujur lah anak2 tidur je sepanjang jalan. So, Mommy teman Daddy borak2 lah sepanjang jalan.


Sehinggalah ke Changkat Jering, kereta dah start tak bergerak. Daddy ambil keputusan drive jalan lama.

Nah.. 3 jam perjalanan situ sahaja. Sampai ke Beruas barulah kami nampak jalan ke Highway Ipoh.

Serius!!

Sakit giler dah bontot.

2 kali berhenti untuk tidur sekejap. Then sambung semula. Jam dari highway Ipoh pun memang gilaaaaaa lah.

Last jam 330 pagi baru sampai rumah. Rupanya banyak kali dah Daddy terlelap masa drive. Adoiii. 

Nasib baik semua selamat. Alhamdulillah.

Labels: ,