SABUN SUSU KAMBING & NAPPY BALM MOOGOO UNTUK EKZEMA HDAE

Assalamualaikum

Sejak Mommy kesan HD ada ekzema kat belakang peha sejak 16.03.2015 yang lalu, memang di situ je la masalah dia. Mommy ada tulis sebelum ni & gambar ekzema dia kat sini.

Dan bukan HD seorang yang ada masalah kegatalan melampau nih. AE juga ada. Di bahagian leher dan belakang pinggang.

Ekzema & kegatalan kronik memang sinonim.

So, selain kena titik beratkan pasal pemakanan (terlalu banyak kena kawal. salah satunya gula), Mommy memang selalu gunakan produk Moogoo. Sebelum ni Milk Wash, Nappy Balm, Udder Cream, Scalp Cream, Full Cream, Fresh Milk Cleansing Bar, Set Syampoo & Deodorant. Banyak dah. Berzaman dok guna sejak Nappy Balm dtg Malaysia. Seingat Mommy, Mommy start guna lepas pegi Dinner bersama team Moogoo tahun 2012. Mommy ada buat entry pasal tu kat sini.

So, yang paling Mommy suka & rasa serasi ialah Udder Cream & Nappy Balm. Even masa AE kena campak/chicken pox dulu, Mommy memang guna Nappy Balm sahaja sampai kering. X tinggal parut langsung. Alhamdulillah. Mommy ada tulis sini.

So, since ekzema dorg ni lately turun naik, Mommy guna udder cream pun mcm dah x lut. Mommy bagi dorang makan & sapu VCO Catalyst

So Mommy pegi ke AA Pharmacy tepi Giant Taman Permata, area Melawati tu. Aim nak beli Nappy Balm sbb dah lama abeh kat rumah tu & juga sabun. Sebelum tu, Mommy ada research gak pasal sabun yang sesuai.. Ada 4 jenis cleansing bar ni last2 Mommy amek Fresh Goat Milk punya. Cam pic bawah ni..
Harga kat AA Pharmacy nih dari dulu lagi murah dari website Moogoo sendiri. So haruslah Mommy jejak sini..

Harap2, anak Mommy serasi lah. Amin

Regards,
Mommy Hannah Damia 'n' Ariq Emir

Important :
- Declaration of images are the intellectual or personal property of the blog owner; YB Shehan.
- Declaration of image usage is strictly prohibited without the written consent of the blog owner; YB Shehan. Failing which may result in possible legal action against the involved party using the image.
- Declaration of editing or removing the watermark on image(s) is strictly prohibited and automatically qualifies as breach of intellectual property of the blog owner; YB Shehan.

Labels: , , , , , , ,