Mengapa? Kajian menunjukkan bahawa tidur mereka akan terganggu, juga
elemen-elemen yang tidak baik akan masuk ke dalam minda bawah sedar dan
membentuk personaliti mereka.
Paling baik tentunya ayah dan ibu
membacakan kisah-kisah yang baik dari Al Quran, hadis dan para
salafussoleh, bagus juga jika ayah sendiri dapat membaca ayat-ayat Al
Quran dan zikir-zikir yang ma'thur kepada anak-anak sebelum mereka
tidur.
Jika tidak sempat, perdengarkan ditelinga mereka bacaan
Al Quran atau ajar mereka untuk membaca buku-buku yang baik sendiri
sebelum tidur.
Pastikan sebelum anak-anak tidur, hanya input-input yang baik sahaja masuk ke dalam minda mereka.
Cubalah, dan lihat perubahan yang berlaku pada anak-anak kita.
MOMMY : JOM CUBA AMALKAN
Baca buku2 macam ni ke kan??