SESI LELEH AIR LIUR : KALAU MENGIDAM STEAK, JANGAN BERHENTI BERDOA!

Salam

Mommy mengidam nak makan steak dari awal puasa sehingga lah semalam. Tetiba Daddy ajak. Ehehe. Ada 1 recommended place katanya. Dia pernah berbuka last year kat sana. So, selepas setel shopping baju2 raya (2 hari amek masa nak setel bab2 kasut & baju2 tshirt raya), we ols naik train ke Kg Baru.

Bebudak yang excited naik train & dapat tengok KLCC. Dah la suara tu kuat benar..

Ada yang tanya Mommy, x pimpin anak ke? Opkos la pimpin. Mommy memang fobia dengan escalator. Tapi, kenal HD nih, Mommy yakin dengan dia (cuma masa ni je). Sebab terlepas. Dia bukan main laju naik ke atas. Nak patah balik memang Mommy tak kasi. Takut kang tersadung ke apa. Dari jauh Mommy jerit, jangan gerak. Pegang kuat2 & be carefull! Haih. Bikin jantung Mommy gegar je tau. Nasib baik la HD nih mendengar kata.
Dah ala2 org main golf je gaya kakak. Hihi

So, turun je dari stesen LRT Kg Baru tu, uols kena jalan sikit kat pejalan kaki punya bumbung tu. Then dah pun sampai ke kawasan rumah kedai ni. Senang sangat.
 

Ini dia kedai tersebut. Stable Steak House Kg Baru. Masa sampai tu, kedai belum buka. Ingatkan tutup. Down juga la sekejap takut kempunan kan..

So, pegi ke depan sikit ada bazar ramadhan & masa tu Daddy ternampak sign SSH tu. Dibuka jam 6 & call untuk tempahan. Daddy segera call & reserve 1 meja.

ORDER
Order untuk anak2 Fish & Chip ni. X makan langsung. Xtau lah kenapaaaa!! Haih.

Kedai ni berkonsepkan hiasan & barangan permainan Polo. Kemas & bersih. Toilet pun cun. Ehehe. Untuk pengetahuan, Mommy memang suka pastikan kebersihan. Baru konfiden tu datang kot. Toilet yang bersih mencerminkan tuan punya kediaman/kedai. Sama lah kalau kita ke rumah orang pun.

Ni yang Mommy order. BBQ steak. Nak makan ribs, tak ada la pulak.

Daddy pula order Red Indian Steak. Katanya extra spicy.

Lain2 cuma order air biasa seperti air teh o, teh ais 2 gelas, ais kosong 2 gelas.

Masa hampir berbuka tu, AE buat perangai. Dah boring sangat gamaknya. Phone pun dah tak layan. Terpaksa lah Daddy bawa ke luar sekejap sementara Mommy nak makan. Kemudian take turn. Mommy bawa ke kawasan ni. Dapat tengok KLCC dalam jarak dekat. Excited sangat2.

Kedai ini tepi sekali. Kiranya dari LRT tu, belok kanan & jalan sikit terus sampai..

PENDAPAT MOMMY MENGENAI STABLE STEAK HOUSE KG BARU
************

Balik dari makan tu, solat dulu kat LRT Kg Baru tu. Memandangkan anak2 suka sangat KLCC, weols decide nak stop jap kat stesen KLCC. Enjoy the night.

Masa sampai tu, bukan main besar lagi lampu ketupat ni. Puas la berlari2 kat situ.. Taknak layan air sebab dah takde lagu dipasang.

Masa nak balik tu, AE start buat perangai taknak jalan. Kalau biar, camni la jadinya. Siap nak meniarap.

Lama x selpie. Ehem.

Dalam KLCC pun sama kalau ajak dia berjalan. Dia sanggup stop & meniarap. Grrrr

Nak taknak terpaksa lah dukung jugak. Aishhhh

Labels: , , , , , , , , , , , ,